Saturday, May 12, 2012

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN USPTN SELANGOR OLEH PUAN NORISHAH SABIDI, PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS

TARIKH  :  8HB & 9HB MEI 2012
TEMPAT :  PUSAT - PUSAT LATIHAN USPTN SELANGOR
PENGLIBATAN : PPN ( SUHANA , ABD LATIF , MOHD FIRDAUS DAN PN.NORISHAH )


                                     
                           Latihan oleh jurulatih sementara : Cik Thye Chee Kiat

                                         
                  Perbincangan Puan Norishah bersama jurulatih sukan gimrama

                                       
                                 
                Pusat latihan sukan angkat berat di Batu 18, Hulu Langat Selangor.
                         

                     Bersama jurulatih sukan angkat berat : Encik Wak Tamyes
                 

                Perjumpaan bersama jurulatih sukan renang : Sarjan Ong Jin Kooi



                       Lawatan ke 'dry gym' sukan terjun


Sesi bergambar bersama atlet sukan berbasikal selepas sesi latihan


              Perbincangan bersama jurulatih sukan berbasikal : Encik Nazri




Pusat latihan sukan sluasy di Astaka, Petaling Jaya Selangor


               Jurulatih sukan skuasy : Henry Tan & PPN : Encik Mohd Firdaus


             Pusat latihan sukan memanah di Seksyen 13, Shah Alam Selangor


                             Perbincangan bersama jurulatih sukan memanah


                     Bersama jurulatih sukan tinju, Encik Kamal Arshad


                   Ring di pusat latihan tinju : Sungai Besar, Sabak Bernam


Lawatan ke beberapa pusat latihan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor ini telah dijalankan pada 8hb dan 9hb Mei 2012. Puan Norishah selaku Pengurus Sukan cawangan Pelapis dengan diiringi oleh 3 orang Pegawai Pembangunan Negeri USPTN Selangor telah mengadakan lawatan sekaligus berjumpa dengan jurulatih bagi sukan - sukan yang terlibat. Menerusi lawatan ini, Puan Nisha berkesempatan untuk meninjau keadaan pusat latihan , bertanyakan tentang sebarang permasalahan yang timbul dikalangan jurulatih mahupun atlet.

Berikut merupakan jadual lawatan yang telah dijalankan pada kedua -dua hari tersebut :

Lawatan pada 8hb Mei 2012 ( Selasa )

1) Pusat latihan sukan Gimnastik ( Gimrama )
    Tempat  : Dewan SJKC Serdang Baru 2, Sri Kembangan Selangor
    Masa     : 9.30 Pagi

2) Pusat latihan sukan Angkat Berat
    Tempat  : Batu 18, Hulu Langat Selangor
    Masa     : 11.00 Pagi

3) Pusat latihan sukan Akuatik ( Renang & Terjun )
    Tempat  : Pusat Akuatik Darul Ehsan ( PADE )
    Masa     : 3.45 Petang

4) Pusat latihan sukan Berbasikal 
    Tempat  : Seksyen 14, Shah Alam Selangor
    Masa     : 4.20 Petang

Lawatan pada 9hb Mei 2012 ( Rabu )

1) Pusat latihan sukan Olahraga
    Tempat  : SMK USJ 23, Subang Jaya Selangor
    Masa     : 9.15 Pagi

2) Pusat Latihan sukan Memanah
    Tempat  : Seksyen 13, Shah Alam Selangor
    Masa     : 11.00 Pagi

3) Pusat Latihan sukan Tinju
    Tempat  : Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam
    Masa     : 1.45 Petang

4) Pusat latihan sukan Skuasy
    Tempat  : Astaka, Petaling Jaya Selangor
    Masa     : 4.15 Petang

Terima kasih di ucapkan kepada Puan Norishah Sabidi kerana sudi melawat pusat -pusat latihan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor. Sampai berjumpa lagi :)

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Tenpin Bowling & Gimnastik

Friday, May 11, 2012

TENPIN BOLING :PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN TENPIN BOLING

TARIKH  : 8HB MEI 2012 ( SELASA )
MASA     : 8.45 - 10.15 MALAM
TEMPAT : SHALIN'S@SPACE U8, TTDI SHAH ALAM SELANGOR
KEHADIRAN : 10 ATLET LELAKI, 2 ATLET WANITA DAN JURULATIH : EN.ALIHANAFIAH.




LATIHAN
- One step drill, 2 step drill & 5 step drills
- Target practice for pin 10 & 7
- Target adjustment
- Stability exercise & foul line

UJIAN
-Tiada buat masa ini.

KECEDERAAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Sebahagian atlet menyertai Kejohanan Tenpin Bowling Terbuka Malaysia yang di adakan pada  6-12hb Mei 2012 bertempat di Sunway Megalanes, Subang Jaya Selangor.

- Atlet yang bernama  Syahmie Azman telah memenangi acara Boys Graded dengan average 208 sementara atlet Muhammad Naim Bin Hashim mendapat tempat keempat dengan averaga 198.

- Atlet yang selebihnya menjalani persiapan latihan bagi menghadapi Kejohanan  Sportexcel Junior Circuit Pahang Leg  pada 25-27 Mei 2012.

PERALATAN
- Tiada sebarang masalah dari segi peralatan kerana seperti kebiasaanya , atlet akan membawa bola masing-masing semasa menghadiri latihan.

PROGRAM BINAAN
- Tiada perancangan dalam masa terdekat  untuk mengadakan program binaan memandangkan jadual Kejohanan   pada waktu ini masih lagi padat.

ULASAN
- Secara keseluruhan , komitmen atlet yang hadir ke sesi latihan boleh dikatakan memuaskan. Antara faktor adalah kerana  kejohanan Sportexcel bagi Pahang Leg akan di adakan pada bulan ini dan atlet merasakan perlu membuat persiapan latihan yang lebih bagi kejohanan tersebut.

- Masa latihan adalah dengan atlet-atlet SUKMA negeri SAelangor iaitu pada setiap hari Selasa dan Khamis, membolehkan atlet Pelapis Negeri ini mempelajari sama latihan yang diberikan oleh Puan Shalin kepada atlet skuad SUKMA.

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Tenpin Bowling

GIMNASTIK ARTISTIK :PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

TARIKH  : 8HB MEI 2012 ( SELASA )
MASA     : 7.40 - 8.40 MALAM
TEMPAT : DEWAN GIMNASTIK ARTISTIK ,PUSAT SUKAN SEKSYEN 6, SHAH ALAM.
KEHADIRAN : 2 ORANG GIMNAS & JURULATIH, CIK CHEONG SEE TENG.





LATIHAN
- Beam, Bar, Strength
- Bar Element
- Beam Acrobatic
- Fokus Element

UJIAN
- Tiada.

KECEDERAAN
- Atlet, Low Qie Ling sedang dalam proses untuk pulih dari kecederaan yang dialami beliau  sebelum ini. Menurut jurulatih,, latihan ringan diberikan kepada gimnas ini memandangkan kecederaan  belum 100% pulih. Semasa pemantauan, kelihatan gimnas ini tetap bersemangat menjalani latihan.

PERTANDINGAN
- Tiada buat masa ini. Atlet haya menjalani latihan  sebagai persiapan  untuk menyertai kejohanan kelak setelah mereka ini tidak mnyertai Kejohanan Gimnastik Artistik Sportexcel 1/2012 yang telah di adakan pada 21-22 April yang lalu.

PERALATAN
- Bahagian pit di pusat latihan ini telah boleh  digunakan  setelah beberapa bulan dalam proses pembaikan oleh pihak  Persatuan Gimnastik Amatur Selangor ( SAGA ) dan pihak MSN Selangor

PROGRAM BINAAN
-Tiada buat masa ini.

ULASAN 
-  Pada asalnya, latihan yang dijalankan adalah pada hari Selasa  dan khamis (malam) turut dihadiri oleh atlet junir, tetapi  menurut jurulatih, beliau merombak jadual itu dengan menetapkan sesi latihan di sebelah padai pada setiap hari rabu bagi atlet junior dan sebelah malam pula adalah bagi atlet senior. Ini adalah kerana beliau mengatakan agar dapat lebih fokus pada latihan atlet.

- Untuk makluman, seramai 7 orang gimnas telah menyertai Kejohanan Hibiscus Cup bagi sukan artistik pada 28 -29hb April 2012 bertempat di MSN Bukit Jalil.

- Latihan jurulatih Cik Cheong See Teng turut dibantu sekali sekalai oleh jurulatih kelab iaitu Encik Onn Kwang Tung.

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN UPSTN SELANGOR
Sukan Gimnastik Artistik

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN GIMRAMA

TARIKH  : 8HBMEI 2012 ( SELASA )
MASA     : 9.00 - 10.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SJKC SERDANG BARU 2, SRI KEMBANGAN SELANGOR
KEHADIRAN : 5 ORANG GIMNAS & JURULATIH : CIK THYE CHEE KIAT.






LATIHAN
- Upgrading skills to another grade
- Fitness

UJIAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Seramai 7 orang gimnas Pelapis Negeri telah menyertai Kejohanan Hibiscus Cup 2012 anjuran pihak Persatuan Gimnastik Amatur Selangor ( SAGA ) yang telah di adakan pada 28-29 April 2012 bertempat di MSN Bukit Jalil.

PERALATAN 
- Underlay Carpet didapati ada yang telah koyak. Faktor pada kerosakan ini berkemungkinan kerana ianya kerap di gulung dan dibuka ( tidak terletak secara permanent di tempat latihan )

ULASAN
- Memandangkan pertandingan bgai sukan gimrama tidak di adakan semasa Kejohana Remaja Kebangsaan, Pahang 2012, 7 orang gimnas dari program Pelapis telah didaftarkan bagi menyertai Kejohanan Hibiscus Cup 2012 anjuran SAGA  hanya bagi melepasi gred semasa. Berdasarkan keputusan di kejohanan tersebut, kesemua 6 orang gimnas telahlulus gred masing-masing dan hanya seorang sahaja atlet gagal melepasi gred beliau.

- 6 orang gimnas dari Program Pelapis juga telah menyertai Kejohanan Gimrama Sportexcel 1/2012 yang telah di adakan pada 21-22 April 2012 bertempat di MSN Bukit Jalil.

- Kini, kesemua gimnas Pelapis Negeri sedang dalam fasa latihan  untuk gred setrusnya  sebagai persiapan bagi menghadapi kejohanan yang akan di adakan kelak.

- Keadaan pusat latihan agak bising dengan kerja penyelenggaraan bangunan oleh pihak sekolah.

Laporan di sediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik Gimrama