Wednesday, August 9, 2017

PEMANTAUAN PLN TINJU USPTN SELANGOR



SUKAN : TINJU
tarikh : 9.8.2017 
Masa : 4.30pm - 7.00pm
Tempat : Pusat Latihan Tinju Sungai besar
Kehadiran :
1. En. Ariff Idhan (JSM)
2. 6 atlet lelaki

LATIHAN
1. Warming up
2. Latihan teknik

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Berada dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN 
Tiada 

ULASAN
Latihan hari ini merupakan latihan tambahan dari hari-hari latihan yang sebenar. Tujuan latihan tambahan adalah untuk meningkatkan kecergasan dan memperbaiki teknik latihan. Kehadiran agak berkurangan. En Kamal Arshad tidak dapat hadir sesi latihan hari ini kerana ada urusan lain di luar pusat latihan. Sesi latihan di kendalikan oleh en Ariff Idhan. 


Sekian 
Abd Latif Arshad
PPN Selangor



Sent from Samsung Mobile

RENANG : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 01/08)


Tarikh    :  5hb Ogos 2017 ( Sabtu )
Tempat  :  Pusat Akuatik Darul Ehsan ( PADE ), Shah Alam.
Masa latihan : 7.30 - 11.00 Pagi
Masa pemantauan : 8.15-10.00 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Ong Jin Kooi ( JPM )
2) Encik Foo Jian Beng ( JSM )
2) Atlet : 34 Orang ( 22 lelaki  & 12 wanita)

Program Latihan 
- Sp1, Sp2, Vo2 Max, Power gym, Abs, Recovery.










Ujian
- Tiada.

Pertandingan
- Atlet baru sahaja menyertai Kejohanan 6th Selangor ARENA Short Course Swimming Championships yang telah di adakan pada 28-30 Julai 2017 bertempat di Pusat Akuatik Darul Ehsan. Kejohanan ini adalah penganjuran pihak Persatuan Renang Amatur Selangor.

Peralatan 
- Berkeadaan baik

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan  

- Jurulatih, Foo Jian Beng memaklumkan beberapa orang atlet di bawah kendalian beliau akan diserap untuk menjalani latihan bersama dengan jurulatih Mark Chua.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562

Virus-free. www.avg.com

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET (01/08 )


Tarikh                     : 8hb Ogos 2017 ( Selasa )
Tempat                   : Sekolah Menengah Kebangsaan, Raja Muda Musa, Bestari Jaya Kuala Selangor.
Masa Latihan         :  8.45 - 11.00 Pagi
Masa Pemantauan  : 8.45 - 10.30 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Azhar Bin Osman ( JSM )
    Atlet : 10  Orang (  7 lelaki & 3 wanita )

Program Latihan

1) Front Squat
20Power Snatch
3) Power Clean & Jerk
4) Clean Pulls
5) Sit up.















Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Seramai 4 orang atlet dari pusat latihan ini akan menyertai Kejohanan Angkat Berat Jemputan Wilayah Perrsekutuan yang akan di adakan pada 11hb Ogos 2017 bertempat di Dewan Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

Peralatan
- Jurulatih memaklumkan peralatan yang kurang di pusat latihan ini ialah 1 bar wanita, 2 bar lelaki dan squat rack

Kecederaan
Tiada kecederaan atlet dilaporkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 

1)  Jurulatih memaklumkan seorang atlet ( junior ) berumur 14 tahun, meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada 7hb Ogos 2017 ( Malam ). Arwah dikatakan menunggang motosikal pada jam 11.00 malam dan telah melanggar lori sayur. Menurut jurulatih,  atlet ini pernah berada dalam program sukan angkat berat pada awal dahulu namun tempoh penglibatan beliau  tidak lama. Jurulatih turut memaklumkan kehadiran atlet agak berkurang memandangkan ada di antara atlet yang pergi menziarahi keluarga arwah.

2)  2 daripada 4 orang atlet yang akan menyertai Kejohanan Jemputan Wilayah Persekutuan , merupakan atlet baru dan belum pernah menyertai mana-mana Karnival Bakat Pelapis sebelum ini. 
3) Menerusi pemantauan yang dijalankan, jurulatih banyak memberi teguran kepada atlet yang didapati sambil lewa dalam menjalani latihan.Peringatan kepada atlet yang tidak menunjukkan prestasi juga telah diberikan dan antaranya adalah, atlet yang bermasalah tidak akan dibenarkan untuk menyertai mana-mana kejohanan.

4) Perjumpaan saya bersama atlet ,teguran serta peringatan telah diberikan kepada atlet yang sebelum ini dimaklumkan kerap menunggang motosikal tanpa lesen serta pengawasan daripada ibubapa. Seorang atlet pernah mengalami kecederaan kerana terjatuh dari motosikal dan terpaksa berehat lama dari menjalani latihan. Nasihat juga telah diberikan agar atlet dapat merebut peluang dan kesempatan yang ada semasa hadir menjalani latihan bersama jurulatih.

5) Jurulatih telah menunjukkan ruang rehat bagi atlet wanita yang telah disusun atur bagi keselesaan atlet selepas menjalani latihan. Bilik tersebut akan digunakan oleh atlet untuk berehat dan mengulangkaji pelajaran sementara menunggu bermula waktu persekolahan. Ruang rehat bagi atlet lelaki juga telah di ubah sesuai bagi memberi keselesaan kepada mereka untuk berehat.

6) Sebuah mesin basuh telah di wakafkan oleh ibubapa seorang atlet untuk kegunaan atlet.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562