Saturday, December 17, 2016

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET SEMPENA KEM LATIHAN BERSAMA JURULATIH NEGERI



Tarikh                    :   15hb Disember 2016 ( Khamis )
Tempat                  :   Pusat Latihan Negeri, Batu 18 Kampung Jawa Hulu Langat Selangor
Masa Latihan          :   8.00 - 11.30 Pagi
Masa Pemantauan   :  9.45 - 10.45 Pagi
Kehadiran :

1) Encik Naharuddin Bin Mahayuddin ( Jurulatih Negeri )
2) Encik Mohd Nazrin Bin Rusli ( JSM )
3) Encik Fazlan Bin Ghazali ( JSM )
4) Atlet : 15 Orang ( 11 lelaki & 4 wanita )

   * 4 orang atlet dari pusat latihan negeri SMK Rantau Panjang, Klang
   * 4 orang atlet dari pusat latihan negeri Batu 18, Hulu Langat
   * 7 orang atlet dari pusat latihan daerah SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya Kuala Selangor.














Ujian
- Tiada.

Pertandingan
-  7 dari 11 orang atlet menjalani latihan sebagai persediaan ke Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Bawah 17 tahun yang akan di adakan pada 18-21 Disember 2016, di Bangi Selangor.

Peralatan 
-  Mencukupi

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 

- Seramai 15 orang atlet di bawah program pelapis telah disenaraikan oleh jurulatih negeri iaitu Encik Naharuddin bagi menjalani kem latihan bersama beliau dari 12hb Disember sehingga 30hb Disember 2016. Objektif kem ini dijalankan adalah bagi memudahkan beliau melihat dan membetulkan teknik angkatan atlet. Sebelum ini, beliau telah menjalankan siri jelajah ke 3 pusat latihan bagi meninjau perkembangan atlet yang berlatih di peringkat program pelapis.

- 4 orang atlet wanita dari PLN SMK Rantau Panjang, telah dipilih dan dilihat potensi mereka sebagai cadangan untuk diserap dalam program SUKMA 2018. Perak. Tidak ketinggalan, tumpuan juga diberikan kepada kumpulan atlet lelaki berumur 13 tahun dari pusat latihan daerah Kuala Selangor.

- Menerusi program kem ini juga, beliau bukan sahaja menumpukan perhatian hanya pada latihan semata-mata bahkan juga cuba menerap nilai sifat bekerjsama dan bersatu dikalangan atlet . Sebagai contoh, atlet-atlet telah diajar untuk menyiapkan sendiri hidangan makanan sepanjang mereka berkampung di pusat latihan ini.

Sekian, untuk laporan


SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )




Wednesday, December 14, 2016

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET


Tarikh                    :  12hb Disember 2016 ( Isnin )
Tempat                   :  Pusat Latihan Negeri, SMK Rantau Panjang, Klang Selangor
Masa Latihan         :  8.00 - 10.30 Pagi
Masa Pemantauan  :  8.30 Pagi - 10.30 Pagi
Kehadiran 

1) Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
    Atlet : 20  Orang ( 10  wanita & 10 lelaki )


Program Latihan

1) Front Squat
2) Power Clean
3) Power Jerk
4) Deadlift
5) Push Press










Ujian
- Tiada.

Pertandingan
-  Atlet menjalani latihan sebagai persediaan ke Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Bawah 17 tahun yang akan di adakan pada 18-21 Disember 2016, di Bangi Selangor.

Peralatan 
- Berkeadaan baik ( Peralatan yang baru dibekalkan menerusi peruntukan MSN Selangor )

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 
- Sesi latihan berjalan seperti biasa pada musim cuti persekolahan.
- Jurulatih memaklumkan ada atelt yang tidak hadir menjalani latihan kerana bercuti bersama keluarga
- Seramai 10 Orang atlet dari pusat latihan ini telah disenaraikan bagi menyertai Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan yang akan diadakan pada 18-21 Disember 2016, Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )



Saturday, December 10, 2016

TERJUN : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET


Tarikh    : 10hb Disember 2016 ( Sabtu )
Tempat  : Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam.
Masa pemantauan : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Masa Latihan : 9.00 pagi - 12.00 Tengah hari

Kehadiran :
1) En Rossarisham ( JPM )
    Atlet : 14 orang ( 7 lelaki & 7 wanita )
2) En Li Boxu ( JLN )
    Atlet : 7 Orang ( 6 lelaki & 1 wanita )

Program Latihan JPM
- Jurulatih Rossarisham menjalankan latihan kecergasan atlet di gim akuatik, jurulatih Li Boxu menjalankan latihan bersama 7 orang talet beliau di kolam renang.

















































Ujian

- Tiada

Pertandingan
- Pertandingan Sirkit Remaja Kebangsaan akan di adakan pa 17-18 Disember 2016 bertempat di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam.

Peralatan
- Kelulusan permohonan peralatan bagi PLN sukan terjun telah diterima menerui emel bertarikh 9hb Disember 2016 daripada Pengurus Sukan Terjun, Puan Shahashuhaida. Pihak persatuan akan mengambil tindakan bagi poses selanjutnya di peringkat negeri .

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet oleh jurulatih.


Program Binaan
- Tiada.

Ulasan
1) Jurulatih Rossarisham menjalankan latihan kecergasan atlet di gim akuatik, manakala jurulatih Li Boxu bersama 7 orang atlet beliau menjalankan lathan di kolam renang.
2) Seramai 3 orang atlet dimaklumkan tidak hadir ke sesi latihan ini kerana bercuti bersama keluarga.
3) Atlet menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan yang akan di adakan pada 17hb & 18hb Disember bertempat di Pusat Akuatik Darul Ehsan.


Sekian, untuk laporan.

 SUHANA SUHAILI
 Pegawai Pembangunan Negeri ( PPN )
Sukan Akuatik & Angkat Berat
 Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor