Friday, October 21, 2016

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN

SUKAN : ANGKAT BERAT
Tarikh    :  20hb Oktober 2016 ( Khamis )
Tempat  :  Pusat Latihan Daerah SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya/ PLN SMK Rantau Panjang.
Masa     :  8.30 - 11.30 Pagi /  12.30-1.30 Petang

Kehadiran :
1) Encik Azhar Bin Osman ( JSM )
2) Encik Mazzam ( Guru Kanan JKMT )
3) Encik Naharuddin Bin Mahayuddin ( Jurulatih Negeri )
4) Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
5) Cik Masliza Mohamad
6) Encik Rooben
7) Atlet : 8 Orang ( SMK Raja Muda Musa ) .














Program Latihan :
i)   Back Squat
ii)  Power Snatch
iii) Power Clean 7 Jerk
iv) Sit Up

Ujian :
- Ujian kecergasan bagi atlet di pusat latihan ini telah di adakan pada 15hb Oktober 2016.

Pertandingan :
- Kejohanan Dalaman sukan ini akan pada 22hb Oktober 2016 bertempat di SMK Rantau Panjang, Klang. Kejohanan Dalaman ini akan melibatkan semua atlet di pusat-pusat latihan sukan angkat berat.

Peralatan :
- Semasa pemantauan ini dijalankan, pihak pembekal telah menghantar  peralatan yang dipohon melalui Majlis Sukan Negeri Selangor. Peralatan tersebut adalah platform latihan , squat rack dan jerk blok. Peralatan ini telah diluluskan pembeliannya oleh pihak MSN Selangor.

Kecederaan :
- Tiada laporan kecderaan diterima dari jurulatih.

Program Binaan :
- Tiada

Ulasan :
- Pemantauan ini turut disertai bersama jurulatih negeri iaitu Encik Naharuddin Mahayuddin. Beliau sebelum ini ada menyuarakan hastrat  untuk turut serta bagi menjalankan pemantauan seterusnya melihat perkembangan serta potensi atlet-atlet yang berada di bawah program pembangunan.

- Encik Mazzam, Guru Kanan JKMT sekolah SMK Raja Muda Musa turut hadir bersama melihat sesi latihan atlet.Beliau juga berkesempatan memberi kata-kata semangat sebagai perangsang kepada atlet yang akan menyertai Kejohanan Dalaman pada 22hb Oktober 2016. Encik Mazzam turut memaklumkan  yang beliau bersama dengan encik Azhar sedang merangka kertas kerja bagi mendapatkan dana dari pihak luar untuk perkembangan sukan angkat berat di sekolah ini.

- Jurulatih memaklumkan plat 10kg pecah semasa latihan oleh atlet.


Sekian,

Laporan disediakan oleh :


SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik & Angkat Berat

MESYUARAT JKK MEMANAH BIL 2 2016

Tarikh  : 20/10/2016
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Majlis Sukan Negeri Selangor

Kehadiran :
1. Pn Harlisa Rozikin (Ketua Unit Persedian Atlet MSNS)- Pengerusi
2. Pn -Zie Ileana Izra bt Ujang (Ketua Unit USPTN Selangor)
3. En. L. Vijayarooban (SELAR)
4. Muhammad Amer Hatta b. Saharuddin (MSNS)
5. Mohd Aidid Haikal bin Hussin (MSNS)
6.Abd Latif Arshad (Usptn Selangor)
7.Sanbagavalli Subramaniam (JSM)
8. Mohd Nazmi Azmir b. Mahamud (JSM)
9. Saifullah b Hashim (JSM)
10. Nurul Atiqah Amran (JSM)
11. Naim Rashidi b Kamaluddin

Mesyuarst JKK Memanah bil 2 2016 kali ini lebih kepada perbentangan Pegawai USPTN Selangor berkenaan program yang telah dijalankan sepanjang 2016 walaupun masih berbaki lagi 2 bulan sebelum hujung tahun. 

Selangor pada tahun ini telah berjaya mewujudkan 4 pusat latihan. Satu pusat latihan negeri (PLN) dan 3 pusat latihan daerah (PLD). PLN  di SK Seksyen 7 PLD di SMK PANDAMARAN JAYA (Klang,  SMKA MAHAAD HAMIDIAH (Hulu langat) dan SMK BAGAN TERAP (Sabak Bernam). 

4 kejohanan telah disertai diperingkat kebangsaan iaitu Karnival bakat siri 1 di kuala Terengganu, karnival Bakat Siri 2 di Penang, Sirkit Remaja siri 1 di MSN Keramat dan Terbuka Unisza 2016 di Kuala Terengganu.

Bagi Program binaan sukan memanah telah menjalan program Kem memanah 2016 di Kem Lubuk Kelubi Hulu langat dan akan dtg pada 12hb Nov 2016 akan berlangsung Kejohanan Dalaman serentak bersama Klinik Memanah yg akan dijalankan di SK SEKSYEN 7. 

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat pada kali ini dan semoga perjalanan sukan memanah di Selangor berjalan dengan lancar dan teratur pada masa akan datang.

Sekian

Abd Latif Arshad
PPN Selangor


Sent from Samsung Mobile

Wednesday, October 19, 2016

PEMANTAUAN LATIHAN PLN SKUASY USPTN SELANGOR



SUKAN : SKUASY
tarikh : 19hb  Okt 2016
Masa : 7.30pm-9.30 pm 
Tempat : Kelab Golf Bukit jalil
Kehadiran : 
1. En Subramaniam
2. 5 atlet lelaki atlet 1wanita

LATIHAN
1. Warming up
2. Latihan Drill
2. Latihan teknik
3. Sparring

UJIAN
tiada

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PROGGRAM BINAAN 
Tiada

ULASAN
Kehadiran atlet agak kurang memuaskan kerana ramai atlet yang terlibat dengan peperiksaan akhir tahun di sekolah. Sekali lagi mohon perhatian dan tindakan susulan masalah utama latihan di bawah kendalian jurulatih en Subramaniam adalah tempat latihan ini perlu dibayar waktu latihannya. Mohon kebenaran untuk bantuan dari Majlis Sukan Negara atau Majlis Sukan Negeri memberi sedikit bantuan/token pada pusat latihan ini. Perbelanjaan bayaran gelanggang di tanggung sepenuhnya oleh penjaga dan jurulatih.

Sekian

ABD LATIF ARSHAD
PPN SELANGOR


Sent from Samsung Mobile