Monday, June 30, 2014

PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS NEGERI KE PUSAT LATIHAN NEGERI , PROGRAM PELAPIS SELANGOR.

TARIKH : 25HB - 28HB JUN 2014
TEMPAT : SEKITAR PUSAT-PUSAT LATIHAN , PROGRAM PELAPIS NEGERI SELANGOR
PENYERTAAN : EN, GIAM FOOK PANG ( Pengurus Sukan ), PN ZIE ILEANA IZRA BINTI UJANG ( Ketua Unit, USPTN Selangor ) & PPN USPTN Selangor.





















Di kesempatan yang ada En Giam , Pengurus Sukan Cawangan Pelapis Negeri telah menjalankan pemantauan beliau ke beberapa pusat latihan negeri , USPTN Selangor sepanjang 25hb - 28hb Jun 2014 yang lalu.

Beliau telah berjumpa dengan jurulatih-jurulatih sukan yang pada ketika pemantauan kami, sedang menjalani latihan. Di sini , jurulatih juga mengambil peuang untuk berkongsi permasalahan yang timbul di peringkat latihan negeri. Ada sukan yang didapati menghadapi masalah kekurangan peralatan.

Antara pusat -pusat latihan yang di lawati beliau adalah pusat latihan sukan angkat berat, memanah, pelayaran, skuasy,olahraga dan akuatik.

Kami , tenaga kerja USPTN Selangor turut mendapat bimbingan beliau dalam menguruskan 8 fail sukan seperti yang di arahkan oleh pihak Cawangan. Alhamdulilah , menerusi pemnatauan beliau ini dapat lah kami menambah baik beberapa perkara menerusi teguran yang dibuat.

Kepada En Giam, terima kasih di ucapkan kerana sudi datang memantau pusat-pusat latihan kami di Selangor.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling & Taekwondo.


MEMANAH : KEJOHANAN PELAPIS NEGERI ANTARA ZON ( TENGAH ) SIRI 2/2014

TARIKH   :  22HB - 24HB JUN 2014
TEMPAT  :  PADANG JABATAN VETERINAR IPOH, PERAK
PENYERTAAN : 18 0RANG ATLET ( PELAPIS & PPS PANDAMARAN JAYA, KLANG )
















Kejohanan selama 2 hari ini berjalan dengan lancar dengan penyertaan dari 3 buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor dan juga tuan rumah, Perak. Walaupun penyertaan tidak semeriah seperti di Kejohanan Siri 1/2014 , Keramat tempoh hari, atlet yang mengambil bahagian kali ini tetap memberikan saingan yang hebat.

Pencapaian pasukan negeri Selangor , memperolehi 3 pingat perak menerusi adik Daniel Amir Irwan ( 12 tahun ) yang mendapat 3 pingat perak dari acara 20 meter, 25 meter dan individu keseluruhan.

Kejohanan ini menampilkan atlet-atlet baru yang telah diberi pendedahan dalam kejohanan ini. Semoga kejohanan peringlat zon ini akan dapat diteruskan agar lebih banyak bakat baru dapat diketengahkan.

Sekian, terima kasih.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayara, Taekwondo dan Tenpin Boling


Saturday, May 3, 2014

LAWATAN PUSAT LATIHAN AKUATIK TERJUN

tarikh : 2/5/2014
tempat : pusat akuatik darul ehsan
masa :  4.00 ptg

jurulatih : 1 Li Boxu
                  2 Rosharisham Roslan

atlet : 9 orang (4 wanita 5 lelaki)

seramai 4 orang atlet di bawah kendalian en Rosharisham sedang menjalani latihan dry gym dan 5 org atlet dibawah kendalian enLi Boxu sedang manjalani latihan air

keadaan di dry gym agak kurang memuaskan kerana ada tempat latihan spring bord yg tiada spring bord. di dry gym ini bole menempatkan 3 spring bord untuk latihan. tetapi oleh sebab kekurangan spring bord maka 2 tempat lagi di biarkan kosong. 

Pihak USPTN Selangor telah menghantar surat ke Kompleks Sukan Bukit Jalil untuk mendapatkan spring bord yang tidak digunakan lagi untuk di gunakan di Pusat akuatik Darul ehsan. tetapi masih belum ada maklum balas dari pihak Kompleks Sukan Bukit Jalil

Sekian

Abd Latif Arshad
PPN Selangor




Sent from Samsung Mobile