Monday, June 30, 2014

PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS NEGERI KE PUSAT LATIHAN NEGERI , PROGRAM PELAPIS SELANGOR.

TARIKH : 25HB - 28HB JUN 2014
TEMPAT : SEKITAR PUSAT-PUSAT LATIHAN , PROGRAM PELAPIS NEGERI SELANGOR
PENYERTAAN : EN, GIAM FOOK PANG ( Pengurus Sukan ), PN ZIE ILEANA IZRA BINTI UJANG ( Ketua Unit, USPTN Selangor ) & PPN USPTN Selangor.





















Di kesempatan yang ada En Giam , Pengurus Sukan Cawangan Pelapis Negeri telah menjalankan pemantauan beliau ke beberapa pusat latihan negeri , USPTN Selangor sepanjang 25hb - 28hb Jun 2014 yang lalu.

Beliau telah berjumpa dengan jurulatih-jurulatih sukan yang pada ketika pemantauan kami, sedang menjalani latihan. Di sini , jurulatih juga mengambil peuang untuk berkongsi permasalahan yang timbul di peringkat latihan negeri. Ada sukan yang didapati menghadapi masalah kekurangan peralatan.

Antara pusat -pusat latihan yang di lawati beliau adalah pusat latihan sukan angkat berat, memanah, pelayaran, skuasy,olahraga dan akuatik.

Kami , tenaga kerja USPTN Selangor turut mendapat bimbingan beliau dalam menguruskan 8 fail sukan seperti yang di arahkan oleh pihak Cawangan. Alhamdulilah , menerusi pemnatauan beliau ini dapat lah kami menambah baik beberapa perkara menerusi teguran yang dibuat.

Kepada En Giam, terima kasih di ucapkan kerana sudi datang memantau pusat-pusat latihan kami di Selangor.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling & Taekwondo.


No comments:

Post a Comment