Monday, June 30, 2014

MEMANAH : KEJOHANAN PELAPIS NEGERI ANTARA ZON ( TENGAH ) SIRI 2/2014

TARIKH   :  22HB - 24HB JUN 2014
TEMPAT  :  PADANG JABATAN VETERINAR IPOH, PERAK
PENYERTAAN : 18 0RANG ATLET ( PELAPIS & PPS PANDAMARAN JAYA, KLANG )
















Kejohanan selama 2 hari ini berjalan dengan lancar dengan penyertaan dari 3 buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor dan juga tuan rumah, Perak. Walaupun penyertaan tidak semeriah seperti di Kejohanan Siri 1/2014 , Keramat tempoh hari, atlet yang mengambil bahagian kali ini tetap memberikan saingan yang hebat.

Pencapaian pasukan negeri Selangor , memperolehi 3 pingat perak menerusi adik Daniel Amir Irwan ( 12 tahun ) yang mendapat 3 pingat perak dari acara 20 meter, 25 meter dan individu keseluruhan.

Kejohanan ini menampilkan atlet-atlet baru yang telah diberi pendedahan dalam kejohanan ini. Semoga kejohanan peringlat zon ini akan dapat diteruskan agar lebih banyak bakat baru dapat diketengahkan.

Sekian, terima kasih.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayara, Taekwondo dan Tenpin Boling


No comments:

Post a Comment