Monday, April 7, 2014

MEMANAH : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH

TARIKH  : 5HB APRIL 2014 ( SABTU )
TEMPAT : KOMPLEKS BOLING PADANG SEKSYEN 13, SHAH ALAM.
MASA     : 9.50 PAGI - 12.30 TENGAH HARI.














Seramai 21 orang atlet telah hadir ke sesi latihan ini, jumlah atlet yang agak ramai hadir pada hujung minggu 
( Sabtu & Ahad ) berbanding pada hari persekolahan. Cuaca didapati hujan pada sesi pagi mereka berlatih. Ada atlet yang meneruskan latihan dalam keadaan cuca yang masih hujan pada ketika itu dan ada yang mengambil inisiatif memilih tempat berteduh untuk meneruskan latihan.

Buat masa ini, atlet menjalani latihan bagi menghadapi akan di adalan pada 16hb - 20hb April 2014 di Sintok, Kedah.Selang beberapa hari selepas  kejohanan di Kejohanan Memanah  Terbuka UUM,mereka akan bertanding pula di Kejohanan Karnival Remaja Kebangsaan yang akan di adakan pada 23 - 27 April 2014, bertempat di Politeknik, Arau Perlis.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran , Tenpin Boling dan Taekwondo




Sunday, April 6, 2014

TENPIN BOLING : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( MONTHLY ROLL OFF - APRIL )

TARIKH   : 3HB APRIL 2014 ( KHAMIS )
TEMPAT  : AMPANG SUPERBOWL, SUMMIT USJ SUBANG JAYA,
MASA      : 8.30 - 11.20 MALAM
KEHADIRAN  : 21 0RANG ATLET DAN JURULATIH.












Month Roll Off atlet tenpin boling, Program Pelapis Negeri 2014 telah di adakan pada 3hb April 2014. Seramai 21 orang atlet menghadiri sesi ini.Monthly Roll Off yang di adakan ini juga sebagai salah satu kriteria yang akan di ambil kira dalam penetapan ranking atlet bagi 6 yang terbaik.

Perbincangan telah dilakukan bersama dengan  Setiausaha Persatuan Tenpin Boling Selangor, Puan Shalin yang telah bersetuju bagi jurulatih menetapkan ranking 6 terbaik dikalangan atlet.

Melalui monthly roll off ini, setiap atlet bermain sebanyak 6 permainan dan pencapaian mereka akan di nilai oleh jurulatih, Encik Azmeer Nizam Bin Abd Rahman yang mana beliau akan memaklumkan tentang prestasi atlet - atlet menerusi sesi latihan berikutnya.

Di kesempatan yang ada juga, ibubapa atlet telah bekerjasama menganjurkan bacaan tahlil buat arwah Abdul Rahman , ayah kepada jurulatih Azmeer Nizam , yang telah kembali ke rahmatullah pada 26hb Mac 2014 yang lalu. Salam takziah buat keluarga jurulatih Azmeer. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo.

Taekwondo : 4th Taekwondo Malaysia (WTF) National Poomsae Championship & 5th Taekwondo Malaysia (WTF) National Kyorugi Championship 2014

TARIKH    :  28hb - 30hb MAC 2014
TEMPAT   :  STADIUM BADMINTON CHERAS, KUALA LUMPUR
PENYERTAAN : 5 ATLET & 2 JURULATIH










Terlebih dahulu, mohon maaf di atas kelewatan makluman tentang laporan kejohanan ini.  Ini adalah kejohanan Taekwondo Malaysia ( WTF )  National Poomsae dan juga Kejohanan Taekwondo Malaysia 
( WTF ) Kyorugi 2014 yang telah berlangsung di Stadium Badminton Cheras selama dua hari bermula 28hb sehingga 30hb Mac 2014.

Pasukan Selangor menghantar seramai 12 orang peserta dan 5 daripadanya merupakan atlet dibawah Program Pelapis Negeri ( USPTN ) dan selebihnya adalah atlet senior yang akan mewakili Selangor di SUKMA 2014 nanti.

Kedua - dua jurulatih Encik Balakrishnan dan Encik Arikrishnasamy menggalas tanggungjawab membawa pasukan ini ke  kejohanan ini. Mereka memaklumkan, Kejohanan ini merupakan antar medan atlet menguji kemampuan mereka sebelum benar-benar berakdi di Kejohanan SUKMA nanti. Pasukan meraih 1 pingat emas dan 5 pingat gangsa . Pingat Emas adalah menerusi Nerosha bagi kategori 'heavyweight' wanita. Pemenang pingat gangsa terdiri daripada Muhammad Khairul, Muhammad Afnan, Sarath Ram, Siti dan Aravinda.

Seusai kejohanan ini, atlet akan mempersiapkan diri bagi kejohanan seterusnya iaitu Kejohanan Taekwondo Sportexcel Siri 2/2014 yang akan di adakan pada 11hb - 13hb April 2014, Perlis.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling & Taekwondo