Wednesday, September 21, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN USPTN SELANGOR OLEH : ENCIK MEGAT AHMAD KUSYAIRY ( MSNM )

Tarikh : 20hb September 2011 ( Selasa )
Tempat : Pusat Latihan Gimnastik, Memanah, Pelayaran,Gimrama, Berbasikal &
Tenpin Bowling.
Masa : 9.00 Pagi sehingga 6.45 Petang

Penglibatan : Encik Megat ( Pengurus ), Puan Zie Ileana (Ketua Unit),
Encik Norazizam & Puan Suhana ( PPN )














20hb September 2011 ( Selasa ) - Encik Megat Ahmad Kusyairy dari Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara menjalankan lawatan ke pusat latihan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor selama 2 hari ( 20hb & 21hb September 2011 )

Laporan di atas merupakan kunjungan hari pertama beliau ke enam ( 6 ) pusat latihan negeri Selangor. Disertai bersama oleh Pn Zie ( Ketua Unit ), En Norazizam & Pn Suhana ( PPN ), lawatan beliau diiringi kami bermula dari pusat latihan gimnastik artistik di Seksyen 6, Shah Alam dan berakhir di pusat latihan sukan tenpin bowling di Seksyen 18, Shah Alam.

Menerusi pemantauan yang dijalankan, perbincangan bersama jurulatih dan wakil pihak persatuan juga dapat diadakan . Sebarang permasalahan yang timbul di pusat latihan turut diutarakan dan diperbincangkan jalan penyelesaian yang sewajarnya. Oleh kerana masa latihan bagi sesetengah sukan adalah mengikut masa, maka kami tidak dapat menanti sehingga bermulanya sesi latihan memandangkan kami perlu melakukan pemantauan di beberapa lagi pusat latihan yang telah dirancang mengikut jadual.

Ringkasan Jadual Pemantauan ( Hari Pertama )

1. Gimnastik Artistik - Pusat Sukan Seksyen 6, Shah Alam 9.00-9.45 Pagi
2. Memanah - Seksyen 13, Shah Alam 10.00-10.45 Pagi
3. Pelayaran - Batu Laut, Banting Selangor 11.00-1.45 Ptg
4. Gimrama - SJKC Serdang Baru 2 2.30-3.45 Ptg
5. Berbasikal - Seksyen 4, Shah Alam 3.45-4.30 Ptg
6. Tenpin Bowling - Ole-Ole Seksyen 18 Shah Alam 6.00-6.45 Ptg

Terima kasih di ucapkan kepada Encik Megat dan semua yang terlibat dalam menjayakan program pemantauan ini. Pemantauan sesi kedua beliau sedang dijalankan pada masa ini (21/09/2011 ) dan nantikan laporan seterusnya dari pihak kami.

Laporan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR

Fwd: Hari pertama TID terjun di srjkc subang sesi pagi




Salam sejahtera

TID terjun di srkjc subang day 1. 20/9/2011...  9.00pg.

Sesi pemilihan di buat oleh coach Li boxu di bantu oleh pelatih terjun selangor dan juga pihak sek.

Seramai 30 org pelajar darjah 1 dan 2 telah di pilih untuk menjalani pemilihan seterusnya di pusat akuatik s alam pada isnin 26hb 9 2011..

TID akan bersambung ptg esok untuk mencari pelajar sesi sebelah ptg..

Sekian

Abd latif arshad
PPN Selangor


Thursday, September 15, 2011

PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK ( Sept )

TARIKH : 15hb SEPTEMBER 2011 ( KHAMIS )
TEMPAT : DEWAN GIMNASTIK ARTISTIK, SEKSYEN 6, SHAH ALAM SELANGOR
MASA : 8.30-10.00 PAGI
KEHADIRAN : 5 ATLET LELAKI, 8 ATLET WANITA & 2 JURULATIH





Jurulatih memulakan sesi latihan mengikut jadual dan masa asal selepas bulan Ramadhan dan cuti Hari Raya Aidilfitri ini. Masa latihan bagi artistik lelaki adalah dari jam 8.30-10.00 pagi, manakala bagi artistik wanita bermula jam 9.00 - 10.30 pagi.

Minggu ini ( Selasa - Khamis ) merupakan hari peperiksaan UPSR dan seramai 4 orang gimnas kendalian jurulatih Svitlana tidak hadir sepanjang tempoh tersebut.

Manakala bagi jurulatih Liu Hong Lu pula, beliau memaklumkan bahawa penggunaan gim pada ketika ini didapati tidak terkawal memandangkan terlalu ramai gimnas luar bersama jurulatih datang berlatih di gim yang sama. Ini sedikit sebanyak menyukarkan penumpuan beliau terhadap sesi latihan.

Perkara ini di ambil maklum dan akan dibawa berbincang bersama dengan tuan presiden bagi mencari jalan penyelesaian.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Gimnastik
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor