Thursday, September 15, 2011

PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK ( Sept )

TARIKH : 15hb SEPTEMBER 2011 ( KHAMIS )
TEMPAT : DEWAN GIMNASTIK ARTISTIK, SEKSYEN 6, SHAH ALAM SELANGOR
MASA : 8.30-10.00 PAGI
KEHADIRAN : 5 ATLET LELAKI, 8 ATLET WANITA & 2 JURULATIH





Jurulatih memulakan sesi latihan mengikut jadual dan masa asal selepas bulan Ramadhan dan cuti Hari Raya Aidilfitri ini. Masa latihan bagi artistik lelaki adalah dari jam 8.30-10.00 pagi, manakala bagi artistik wanita bermula jam 9.00 - 10.30 pagi.

Minggu ini ( Selasa - Khamis ) merupakan hari peperiksaan UPSR dan seramai 4 orang gimnas kendalian jurulatih Svitlana tidak hadir sepanjang tempoh tersebut.

Manakala bagi jurulatih Liu Hong Lu pula, beliau memaklumkan bahawa penggunaan gim pada ketika ini didapati tidak terkawal memandangkan terlalu ramai gimnas luar bersama jurulatih datang berlatih di gim yang sama. Ini sedikit sebanyak menyukarkan penumpuan beliau terhadap sesi latihan.

Perkara ini di ambil maklum dan akan dibawa berbincang bersama dengan tuan presiden bagi mencari jalan penyelesaian.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Gimnastik
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

No comments:

Post a Comment