Wednesday, September 21, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN USPTN SELANGOR OLEH : ENCIK MEGAT AHMAD KUSYAIRY ( MSNM )

Tarikh : 20hb September 2011 ( Selasa )
Tempat : Pusat Latihan Gimnastik, Memanah, Pelayaran,Gimrama, Berbasikal &
Tenpin Bowling.
Masa : 9.00 Pagi sehingga 6.45 Petang

Penglibatan : Encik Megat ( Pengurus ), Puan Zie Ileana (Ketua Unit),
Encik Norazizam & Puan Suhana ( PPN )














20hb September 2011 ( Selasa ) - Encik Megat Ahmad Kusyairy dari Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara menjalankan lawatan ke pusat latihan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor selama 2 hari ( 20hb & 21hb September 2011 )

Laporan di atas merupakan kunjungan hari pertama beliau ke enam ( 6 ) pusat latihan negeri Selangor. Disertai bersama oleh Pn Zie ( Ketua Unit ), En Norazizam & Pn Suhana ( PPN ), lawatan beliau diiringi kami bermula dari pusat latihan gimnastik artistik di Seksyen 6, Shah Alam dan berakhir di pusat latihan sukan tenpin bowling di Seksyen 18, Shah Alam.

Menerusi pemantauan yang dijalankan, perbincangan bersama jurulatih dan wakil pihak persatuan juga dapat diadakan . Sebarang permasalahan yang timbul di pusat latihan turut diutarakan dan diperbincangkan jalan penyelesaian yang sewajarnya. Oleh kerana masa latihan bagi sesetengah sukan adalah mengikut masa, maka kami tidak dapat menanti sehingga bermulanya sesi latihan memandangkan kami perlu melakukan pemantauan di beberapa lagi pusat latihan yang telah dirancang mengikut jadual.

Ringkasan Jadual Pemantauan ( Hari Pertama )

1. Gimnastik Artistik - Pusat Sukan Seksyen 6, Shah Alam 9.00-9.45 Pagi
2. Memanah - Seksyen 13, Shah Alam 10.00-10.45 Pagi
3. Pelayaran - Batu Laut, Banting Selangor 11.00-1.45 Ptg
4. Gimrama - SJKC Serdang Baru 2 2.30-3.45 Ptg
5. Berbasikal - Seksyen 4, Shah Alam 3.45-4.30 Ptg
6. Tenpin Bowling - Ole-Ole Seksyen 18 Shah Alam 6.00-6.45 Ptg

Terima kasih di ucapkan kepada Encik Megat dan semua yang terlibat dalam menjayakan program pemantauan ini. Pemantauan sesi kedua beliau sedang dijalankan pada masa ini (21/09/2011 ) dan nantikan laporan seterusnya dari pihak kami.

Laporan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR

No comments:

Post a Comment