Friday, May 6, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN GIMNASTIK ARTISTIK ( MEI )

TARIKH : 5HB MEI 2011 ( KHAMIS )
TEMPAT : DEWAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK, SHAH ALAM

MASA : 8.30 - 10.00 PAGI

KEHADIRAN : PPN, JURULATIH ( SVITLANA ) DAN 8 ORANG ATLIT












Sesi latihan dikendalikan oleh jurulatih, Svitlana Badiulia, jurulatih melaporkan kehadiran atlit tidak mencapai 100% kerana 5 orang atlit terlibat dengan peperiksaan sekolah pada minggu pertama bulan Mei. Jurulatih turut memaklumkan 3 gimnas beliau, iaitu Sarah Aneesa, Low Qie Ling dan Wafiatun Najiha sedang menyertai sesi ujian pemilihan "control testing' yang diadakan di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Bukit Jalil pada 4hb sehingga 6hb Mei 2011.

Menerusi pemantauan saya, atlit lebih mudah memahami pengajaran latihan yang diberikan jurulatih berbanding sewaktu mereka mula-mula menjalani latihan dahulu. Penekanan latihan yang lebih mencabar telah diberikan kepada semua atlit ini. Kehadiran atlit adalah seperti berikut :

1) ARIN SHARAF
2) WAN ADREA
3) RAFIQAH

4) ERIKA

5) ANIS NABILAH

6) IMAN
7 ) GOH ESWEN

8) TAN XIN LIN


Di akhir sesi latihan, saya berkesempatan untuk berbincang dengan jurulatih tentang persiapan akhir atlit yang akan menyertai Kejohanan Karnival Pelapis 1/2011 yang akan diadakan pada 11-14hb Mei 2011 di Kota Bharu, Kelantan. 5 gimnas wanita dan 6 gimnas lelaki telah didaftarkan untuk menyertai kejohanan ini nanti.

Semoga berjaya di ucapkan kepada semua gimnas negeri Selangor yang akan bertanding di Kejohanan Karnival Pelapis 1/2011. Jumpa di negeri Kelantan :)

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri

Sukan Gimnastik & Badminton

Thursday, May 5, 2011

LAWATAN PUSAT LATIHAN TERJUN PELAPIS SELANGOR



Lawatan Pusat Latihan Terjun Pelapis Selangor

Tarikh : 4/5/2011
Masa : 5.00 ptg

Latihan bermula pada jam 3.00 ptg hingga 7.00 malam. Semua atlet hadir pada sesi latihan ini. seramai 9 org atlet menjalani latihan.
Saya mengambil beberapa keping gambar yang menunjukan keadaan tubuh yang sesuai untuk sukan terjun dan juga keadaan kaki yang baik untuk sukan terjun.

sesi latihan yang di jalankan pada ptg ini jurulatih menekankan pada latihan terjunan 3 meter papan anjal. kepada atlet yang baru mereka juga menjalani latihan 3 meter tetapi hanya terjunan asas sahaja.

sekian

Abd Latif Arshad
PPN selangor

Tuesday, May 3, 2011

Kem InterAKTIF Kontinjen Negeri Selangor Sukma XIV 2011

TARIKH : 30HB APRIL - 1HB MEI 2011
TEMPAT : KEM BINA SEMANGAT,YAYASAN SELANGOR
AMPANG PECAH, KUALA KUBU BARU










Kem InterAKTIF Kontinjen Negeri Selangor Sukma XIV 2011 ini telah melibatkan seramai lebih kurang 300 peserta merangkumi atlet dari pelbagai sukan, pegawai dan kakitangan MSN Selangor. Program kem ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri oleh beberapa individu kenamaan yang lain.

Objektif program kem ini dijalankan adalah sebagai persediaan mental serta fizikal semua atlet sebelum menghadapi Kejohanan Sukma XIV yang bakal diadakan pada 2hb hingga 12hb Jun 2011, Bukit Jalil.

Semoga berjaya di ucapkan kepada Kontinjen Negeri Selangor di Kejohanan Sukma XIV nanti :)