Tuesday, January 30, 2018

GIMRAMA : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 2/Jan )


Tarikh    :  27hb Januari 2018 ( Khamis )
Tempat  :  Dewan latihan gimrama, Kompleks Sukan SUKSES, Seksyen 6 Shah Alam
Masa latihan : 8.00 pagi  - 2 Petang
Masa pemantauan : 9.00 pagi - 10.30 pagi

Kehadiran 

1) Cik Makoto Sato ( JPM )
2) Atlet : 7 Orang


Program Latihan :
 - Latihan tanpa alat







Ujian
- Tiada.

Pertandingan

- Tiada pada bulan Januari 2018

Peralatan 

- Peralatan latihan berkeadaan baik,
- Persekitaran kawasan latihan didapati agak kotor, peralatan sukan gimnastik artistik masih belum dialihkan selepas tempat latihan pasukan gimnastik artistik telah dipindahkan ke dewan bersebelahan.

Kecederaan

- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan

- Tiada

Ulasan  

- Pemantauan ke pusat latihan ini merupakan kali pertama bagi saya yang baharu sahaja mengambil alih sukan ini daripada En Nazrin.

- Sesi latihan berjalan dengan lancar, jurulatih memaklumkan hanya seorang atlet tidak dapat hadir ke sesi latihan. Atlet menjalani latihan sebagai persediaan untuk menyertai             Kejohanan Gimrama MSSD yang akan diadakan pada bulan februari 2018.

- Jurulatih memaklumkan akan ada pertambahan atlet baru yang akan mula menjalani latihan bersama belia pada bulan April. 



SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


Virus-free. www.avg.com

No comments:

Post a Comment