Monday, July 17, 2017

RENANG : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 02/7 )


Tarikh    :  15hb Julai 2017 ( Sabtu )
Tempat  :  Gim Akuatik, Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam Selangor
Masa latihan : 7.30 - 9.30 Pagi
Masa pemantauan : 8.15-9.30 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Mark Chua ( JSM )
2) Encik Mohktar Bin Hamidi ( JSM )
2) Atlet : 20 Orang ( 11 lelaki  & 9 wanita)

Program Latihan 

- Latihan kecergasan menggunakan gym ball.








Ujian
- Tiada.

Pertandingan
- Atlet menjalani latihan sebagai persediaan bagi penyertaan Kejohanan 6th Selangor ARENA Short Course Swimming Championships yang akan di adakan pada 28-30 Julai 2017.

Peralatan 
- Berkeadaan baik

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan  

1) Menerusi pemantauan yang dijalankan, mendapati jurulatih ( PLD ) En Mohktar Hamidi telah mula menyertai sesi latihan yang dijalankan oleh En Mark Chua. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Puan Helen ( SU Persatuan ) . En Mohktar akan menjalani program tindik bersama dengan En Mark. Pelbagai teknik baru dan yang terkini akan dipelajari oleh jurulatih Mohktar.

2) Jurulatih Mark Chua memaklumkan seorang atlet, Angelina Chan ( 14 tahun ) telah terpilih mewakili Malaysia di Commonwealth Youth Games, Bahamas. Dimaklumkan Angelina adalah satu-satnya perenang wanita Malaysia yang terpilih menyertai kejohanan tersebut. Menerusi sesi taklimat jurulatih Mark bersama dengan kesemua atlet, beliau melahirkan rasa bangga beliau atas pemilihan atlet tersebut di kejohanan yang akan di adakan bermula 16hb Julai sehingga 26hb Julai 2017.

3) Dua orang atlet akan menyertai Asean School Games yang di adakan pada 13-21 Julai, Singapura. Atlet tersebut ialah Liew Chern Xin dan Nessa Yip.

4) Menerusi sesi taklimat kepada semua atlet, jurulatih Mark Chua mengambil peluang untuk berkongsi tentang Kejohanan Sukan SEA yang akan di adakan pada bulan Ogos 2017. Belia menyarankan kepada semua atlet Selangor agar dapat mengambil inisiatif dan bersemangat untuk hadir ke Bukit Jalil bagi memberikan sokongan kepada semua atlet Malaysia dalam sukan renang.Menurut beliau, ianya merupakan satu kesempatan yang tidak harus dilepaskan apabila Malaysia pada tahun ini, menjadi tuan rumah.
Jurulatih juga turut memaklumkan seramai 11 orang perenang negeri Selangor akan menyertai kejohanan tersebut dan antaranya adalah Koh Jia Yi, Rosalind Ng, Nadia Adrianna Redza, Jordan Yip, Shaun Yap, Asmalia, Caroline, dan Phee Jing Ern.

5) Kesimpulan menerusi taklimat jurulatih kepada semua atlet, Beliau berharap agar atlet dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk lebih berjaya. Beliau melihat kejayaan adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk dicapai jika disertakan dengan azam yang tinggi. Jurulatih turut berkongsi pengalaman beliau semasa kanak-kanak apabila mula menyimpan tekad untuk menyertai Kejohanan Sukan SEA ketika berumur 9 tahun .


Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


No comments:

Post a Comment