Thursday, July 13, 2017

ANGKAT BERAT : PERBINCANGAN BERSAMA PENGETUA SMK ABDUL JALIL & PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN 02/7 NEGERI BATU 18, KAMPUNG JAWA , HULU LANGAT


Tarikh    : 12.07.2017 ( Rabu )
Tempat  : SMK Abdul Jalil, Batu 14 & Pusat Latihan Negeri Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat.
Masa     : 10.00 pagi - 1.00 Petang.

Kehadiran :
1) Puan Sofia Nor Binti Molhit ( Pengetua SMK Abdul Jalil )
2) Puan Suhana Suhaili ( PPN )
3) Puan Wafidatul ( LO MSN Selangor )
4) En Suhaizad Bin Subari ( JSM )
5) En Naharudin Bin Mahayudin
6) Atlet : 5 Orang










Laporan :

Perancangan bagi mengadakan perjumpaan bersama Puan Pengetua SMK Abdul Jalil , Puan Sofia Nor Binti Molhit telah lama dirancang namun atas kekangan masa beliau perjumpaan tertangguh beberapa kali. Hanya pada 12hb Julai 2017, perjumpaan bersama beliau dapat di adakan.

Objektif perjumpaan ini adalah bagi memaklum dan membincangkan secara lebih terperinci tentang permohonan bagi kemasukan 2 orang atlet PLN SMK Rantau Panjang ke asrama SMK Abdul Jalil. Untuk makluman, Nurul Shafiqah Binti Omar ( 16 Tahun ) & Syahman Bin Sarwan ( 14 Tahun ) adalah dua orang atlet PLN SMK Rantau Panjang yang telah dikenal pasti oleh Ketua Jurulatih Negeri ( SUKMA ) , En Naharuddin Bin Mahayuddin sebagai atlet yang berpotensi besar untuk dilatih sebagai atlet pelapis untuk program SUKMA. Beliau telah mengenal pasti potensi kedua atlet ini setelah mengikuti pasukan USPTN di beberapa siri kejohanan yang disertai sebelum ini.  Kedua atlet ini perlu menjalani sesi persekolahan di SMK Abdul Jalil bagi memudahkan pergerakan mereka bagi mengikuti latihan di pusat latihan, Batu 18, Kampung Jawa. Tambahan pula, bagi memudahkan Ketua Jurulatih membuat pemantauan latihan ke atas mereka.

Penjelasan berkenaan program pembangunan sukan angkat berat Selangor juga telah dijelaskan kepada Puan Pengetua.Menerusi maklum balas yang diterima, Puan Pengetua menyokong program pembangunan sukan angkat berat dan tidak mempunyai masalah jika menempatkan kedua atlet ini di asrama SMK Abdul Jalil. Walaubagaimanapun, Puan Pengetua telah menjelaskan beberapa syarat serta makluman penting untuk diambil perhatian oleh unit. Antara yang ditekankan oleh beliau adalah disiplin atlet yang jika didapati bermasalah, pihak pengurusan SMK Abdul Jalil akan mengambil tindakan.

Kesimpulannya, Puan Pengetua telah meluluskan permohonan penempatan asrama bagi kedua atlet ini dan mereka  akan mula mendaftar diri di SMK Abdul Jalil setelah semua urusan dokumentasi perpindahan sekolah selesai.

Pemantauan pusat latihan di Batu 18, Kampung Jawa Hulu Langat serta perbincangan bersama jurulatih : En Naharuddin dan En. Suhaizad juga telah dijalankan. Perbincangan yang dibuat menjurus kepada program sukan angkat berat yang akan dijalankan bagi bulan Ogos - November 2017.  Cadangan bagi mengadakan Kejohanan Dalaman Siri 2 pada bulan September bertempat di SMK Rantau Panjang, Klang , turut dibincangkan bersama setelah mengambil kira tarikh-tarikh peperiksaan para pelajar ( atlet )


SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


No comments:

Post a Comment