Monday, February 29, 2016

KEJOHANAN DALAMAN BERBASIKAL SELANGOR 1/2016

SHAH ALAM -  Unit Sukan Prestasi Tinggi  Negeri Selangor (USPTN) dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Negeri Selangor (PBNS) telah menjayakan kejohanan tertutup kriterium shah alam 2016 pada 21 februari yang lalu.

Kejohanan yang julung-julung kali diadakan melibatkan seramai 28 pelumba Pelapis Negeri Selangor yang melibatkan acara kriterium bawah 18, kriterium lelaki terbuka dan kriterium wanita terbuka. Kejohanan ini bagi menilai pretasi pelumba-pelumba Negeri Selangor serta menghujutkan sifat persaingan didalam pasukan bagi merebut tempat mewakili Negeri Selangor ke Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak pada julai nanti.

Acara penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Datuk Bandar Shah Alam Y.Bhg. Dato'Ahmad Zaharin bin Mohd Saad diiringi Puan Zie Ileana Izra binti Ujang selaku Ketua Unit Sukan Prestasi Tinngi Negeri Selangor. Hadiah bagi kategori Kriterium bawah 18 dimenangi oleh Arief Hazmi Rosnin kedua Zamirul Adlisham Zulkifli dan ketiga Mohd Fadhil Zonis bagi kategori Kriterium lelaki terbuka dimenangi oleh Akmal Hakim Zakaria kedua Zamirul adlisham Zulkifli dan tempat ketiga Muhammad Fitri Saharil bagi Kriterium terbuka wanita pula dimenangi oleh Nurul Alissa Mohamad Azman tempat kedua Nurkhairunnisatul Aina Mohd Fadzli dan ketiga Nur Fasihah Adila Mohamad Yusni. Pemenang membawa pulang medal serta terofi kejuaraan dan hemper.

--

Mohd Nazrin Bin Abdul Rahman
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

No comments:

Post a Comment