Sunday, January 31, 2016

PERJUMPAAN DENGAN ATLET DAN JURULATIH PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT DI HULU LANGAT

TARIKH   :  28hb JANUARI 2016 ( KHAMIS )
TEMPAT  :  PUSAT LATIHAN BATU 18, KAMPUNG JAWA HULU LANGAT SELANGOR.
MASA      : 4.15 - 6.30 PETANG.
KEHADIRAN  :

5 ORANG ATLET
3 JURULATIH
2 PEGAWAI









ULASAN :

Perancangan untuk ke pusat latihan ini telah dibuat minggu lalu yang bertujuan untuk mengadakan perjumpaan dan seterusnya berbincang  dengan jurulatih bagi perlaksanaan program bagu tahun 2016.

Semasa kunjungan saya bersama dengan LO negeri  ( Encik Haziq Bin Zuhair )  ke sini, kami dimaklumkan oleh jurulatih yang pada setiap hari Khamis, atlet menjalankan aktiviti sukan ( bebas ) . Antara aktiviti sukan mereka adalah bermain badminton dan bola sepak  Ini bermakna, hari khamis merupakan hari santai para atlet setelah mereka menjalankan latihan pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat dan ada sebahagian atlet yang menjalankan latihan pada hari Sabtu ( Tidak ramai ).

Jika melihat pada bangunan dan persekitaran pusat latihan ini, di dapati kerja-kerja penambahbaikan yang dijalankan oleh kontraktor telah siap sepenuhnya. Bilik stor ( seperti dalam gambar ) juga telah dipasang bumbung, jika sebelum ini kunjungan bulan Disember 2015 lalu , ianya masih terbuka.  

Jurulatih memaklumkan bahawa 3 unit kipas dan 3 unit lampu di pusat ini yang tidak berfungsi (rosak )

Antara perbincangan kami bersama dengan jurulatih :

1) Jurulatih mencadangkan agar Kejohanan Dalaman  dapat dijalankan sebanyak 3 kali bagi tahun 2016. Rasionalnya adalah bagi menguji angkatan atlet . Ianya juga sebagai platform mengadakan pemilihan bagi penyertaan ke kejohanan. Cadangan bagi siri pertama adalah pada bulan Februari 2016. Kejohanan Dalaman ini nanti akan memastikan penglibatan dari pusat latihan Kuala Selangor, Hulu Langat dan juga Klang.

2) Cadangan bagi perlaksanaan Ujian Kecergasan Siri 1/2016 juga ingin di adakan  pada bulan Februari 2016.

3) Jurulatih memaklumkan atlet  yang berlatih di SMK Abdul Jalil, Hulu Langat , diharapkan  dapat menjadi atlet pelapis bagi  atlet SUKMA 2016 nanti. Jurulatih yang melatih atlet-atlet SMK Abdul Jalil pada masa ini ialah En Muhammad Noor Saiful Bin Puad.

4) PPN mendapati tiada peralatan yang boleh di alihkan dari pusat latihan ini untuk dipinjamkan ke SMK Rantau Panjang ( Jurulatih En. Suhaizad Subari ) memandangkan di sini ( Hulu Langat ) juga amat memerlukan peralatan bagi tujuan latihan. Ini memandangkan jumlah atlet yang berlatih pada satu-satu masa adalah ramai dan memang memerlukan lebih peralatan. Maka, akan di usahakan agar peralatan dapat diperolehi dari pusat latihan Kuala Selangor ( SMK Bestari Jaya ) untuk di alihkan ke pusat latihan Klang ( SMK Rantau Panjang )

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik dan Angkat Berat


No comments:

Post a Comment