Tuesday, January 5, 2016

KEM TAHUNAN PELAPIS UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR 2015

Tarikh   : 21 - 23hb Disember 2015
Tempat : Bagan Lalang Beach Resort, Sepang, Selangor
Penyertaan :
8 Orang Pegawai.
2 Orang Jurulatih
60 Orang Atlet

Baru-baru ini, bertempat di Bagan Lalang Beach Resort, Sepang, Selangor telah berlangsungnya Kem Pelapis Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor. Penganjuran program mendapat kerjasama dari Majlis Sukan Negeri Selangor  dan Makmur Corporate Resources Sdn. Bhd selaku  konsultan  yang dilantik bagi melancarkan kem pelapis untuk kali ini. 

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa atlet sebagai medium untuk membina sikap yang positif berdepan masa depan dengan penuh keyakinan. Mereka juga akan menghayati semangat kesukanan, ketabahan, dedikasi, perpaduan, disiplin dan banyak lagi nilai positif di dalam kem ini yang akan membantu mereka memperkukuhkan personaliti dan karakter  di dalam sukan masing-masing.

Adalah diharapkan program ini dapat membantu meransang dan membantu atlet  berjaya didalam sukan masing-masing dan membawa nama negeri Selangor diperingkat yang 
tertinggi.

Sekian, untuk laporan.

Mohd Nazrin Abdul Rahman
Pegawai Pembangunan Negeri
Selangor Darul Ehsan








No comments:

Post a Comment