Wednesday, December 31, 2014

KEM TAHUNAN PELAPIS : USPTN SELANGOR 2014

TARIKH    :  22 - 24 DISEMBER 2014
TEMPAT    : KEM SUNGAI LOPO, HULU LANGAT SELANGOR
PESERTA  : 46 ATLET DAN 6 PEGAWAI













Kem tahunan kali ini telah menghimpunkan seramai 49 orang atlet dari beberapa jenis sukan dengan diiringi 6 orang pegawai Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor. Kem ini telah dikendalikan oleh Team Explora yang mengaplikasikan slogan See, Hear.Do.

Walaupun cuaca sekali sekala hujan sepanjang 3 hari 2 malam kem ini dijalankan, ianya tidak menganggu perjalanan program yang telah dijadualkan. Para atlet telah di uji ketahanan fizikal dan mental mengharungi cabaran "Jungle Trekking" pada hari kedua di mana mereka meredah hutan dalam keadaan basah hujan, kemudian menguji kesabaran dan kesepakatan mereka dalam berkumpulan selaku menjalani aktiviti 'survival cooking'.

Hari ketiga dan terakhir kem, para peserta masih berkesempatan menjalankan aktiviti mereka bersama Team Explora, basah lecak dan kotoran, mereka diarah untuk baring di situ.  :)







Bagi Perasmian Penutup Kem Tahunan Pelapis 2014, ianya telah disempurnakan oleh tuan Pengarah Eksekutif , Encik Shamsul Shahril $Badliza Bin Mohd Nor. Amanat dan kata-kata pembakar semangat telah diberikan oleh tuan Pengarah kepada atletatlet yang menyertai kem kali ini.

Terima kasih diucapkan kepada tuan Pengarah Eksekutif erana sudi menyempurnakan Majlis Penutup Kem Tahunan Pelapis 2014 ini.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR'
Sukan Tenpin Boling, Taekwondo, Pelayaran dan Memanah.

No comments:

Post a Comment