Tuesday, December 30, 2014

KEM TAHUNAN PELAPIS NEGERI SELANGOR 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia. 
Adalah dimaklumkan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor (USPTN) dengan kerjasama Explora Sdn Bhd telah menganjurkan Kem Tahunan Pelapis Negeri Selangor 2014 pada 22hb - 24hb Disember 2014 bertempat di Kem Sungai Lopo, Hulu Langat, Selangor.
Peserta kem ini terdiri daripada 48 orang atlet dibawah program Pelapis Negeri, 6 orang kakitangan USPTN Selangor dan dibantu oleh 10 orang pelatih dari Explora Sdn Bhd. Antara sukan-sukan yang terlibat adalah seperti Sukan Tenis, Terjun, Taekwando, Angkat Berat, Berbasikal, Memanah, Menembak, Tenpin Boling, Pelayaran dan Tinju.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ini adalah Ice Breaking, Jungle Tracking, Survivor Cooking dan banyak lagi. Majlis penutup di sempurnakan oleh Pengarah Eksekutif MSN Selangor Encik Shamsul Shahril Badliza Bin Mohd Noor pada hari terakhir kem.
Pihak Unit mengucapkan terima kasih kepada ibubapa atlet kerana membenarkan anak mereka menyertai kem ini tidak lupa juga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kem kali ini sehingga kita berjumpa lagi pada kem-kem yang akan datang.
Sekian.
' SELANGOR PENERAJU KECEMERLANGAN SUKAN '
' KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN '

No comments:

Post a Comment