Wednesday, July 2, 2014

ANGKAT BERAT - PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS NEGERI KE PUSAT LATIHAN NEGERI

Tarikh : 26 Jun 2014

Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat Selangor, Batu 18, Hulu Langat

Penyertaan : En Giam Fook Pang, Pengurus Sukan Pelapis, Pn Zie Ileana Izra Ujang, Ketua Unit Pelapis Negeri Selangor, PPN dan JSM Angkat Berat, En Tamyiz Johari

Masa : 6.00 ptg - 8.00 mlm 

Lawatan yang disertai juga En Asri, JSM Angkat Berat SUKMA Negeri Selangor lebih menjurus kepada masalah peralatan yang sudah usang seperti bar wanita dan Platform Latihan. Cadangan untuk menjadikan SMK Abdul Jalil, Hulu Langat sebagai pusat latihan tambahan bagi mencari bakat-bakat baru juga dicadangkan, ini kerana Pengetua Sekolah berkenaan berminat untuk menjadikan sekolah pusat kecemerlangan sukan Angkat Berat di Negeri Selangor.

Dikesempatan itu juga, En Tamyiz menjemput kami semua ke kebun durian beliau dan menikmati hidangan raja buah ini. terima kasih wak......







--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN ANGKAT BERAT, GIMNASTIK ARTISTIK, SQUASH DAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

No comments:

Post a Comment