Monday, July 21, 2014

ANGKAT BERAT - MESYUARAT PELAKSANAAN AGENSI LUAR - SMK ABD JALIL

Tarikh : 16 Julai 2014

Masa : 10.30 pagi

Tempat : SMK ABD JALIL, BATU 14, HULU LANGAT

Penyertaan : 

1. Pengerusi Mesyuarat : Pengetua SMK Abd Jalil

2. Ahli-ahli mesyuarat : 

2.1 Penolong Kanan Kokurikulum
2.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
2.3 Penyelaras Sukan Angkat Berat Sekolah
2.4 Wakil MSN Selangor - 
2.5. Wakil USPTN - KU dan PPN
2.6 Setiausaha Persatuan Angkat Berat Selangor
2.7 JPM dan JSM Angkat Berat

Mesyuarat menjurus kepada penempatan atlet terbaik negeri ke sekolah ini. Pihak MSNS dan Persatuan ingin menjadikan sekolah ini sebagai sekolah angkat bagi sukan angkat berat memandangkan ramai atlet dan bekas-bekas lahir dari sekolah ini.

Secara dasarnya pihak sekolah tiada halangan dan akan memberikan tempat penginapan asrama pada atlet yang dipilih. Walaubagaimanapun, atlet-atlet yang dipilih perlu mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. 

Dikesempatan itu juga, Pn Zie mencadangkan sekolah ini dijadikan Program Pengalakkan Sukan (PPS) Sukan Angkat Berat. Pihak sekolah bersetuju dengan cadangan tersebut dan tempat latihan akan disediakan (seperti digambar).

Sekian, diharapkan kerjasama yang berterusan dari pihak sekolah bagi mencapai matlamat mencari pelapis angkat berat bertaraf dunia.

--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN ANGKAT BERAT, GIMNASTIK ARTISTIK, SQUASH DAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR






No comments:

Post a Comment