Saturday, February 8, 2014

TENPIN BOLING :PERJUMPAAN BERSAMA ATLET,PERSATUAN DAN IBUBAPA SUKAN TENPIN BOLING

TARIKH   :  7HB FEBRUARI 2014
MASA      :  3.00 - 5.45 PETANG
TEMPAT  :  BILIK MESYUARAT SUKSES, MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR






Perjumpaan ini merupakan yang pertama kali di adakan bagi tahun 2014. Objektif perjumpaan ini adalah menjurus kepada pembentangan perancangan program bagi tahun 2014 yang ingin dilaksanakan oleh jurulatih bersama dengan PPN. Jurulatih memaklumkan bahawa Sistem Ranking akan diaksanakan bagi penilaian prestasi atlet untuk tahun ini. Skop pemarkahan bagi sistem ranking ini juga turut dibentangkan oleh jurulatih.

Melalui pemilihan yang telah dijalankan pada 9hb Januari 2014 yang lalu, seramai 32 orang atlet telah terpilih mengikuti program 2014.

Perjumpaan bersama ibubapa atlet juga diadakan pada pada hari yang sama. Penekanan kepada tidak campur tangan semasa sesi latihan mahupun ketika kejohanan di maklumkan kepada semua ibubapa.

Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo


No comments:

Post a Comment