Friday, February 14, 2014

MEMANAH :PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN MEMANAH

TARIKH   : 10HB FEBRUARI  2014
TEMPAT  :  KOMPLEKS BOLING PADANG, SEKSYEN 13 SHAH ALAM SELANGOR
MASA      :  2.50 PETANG - 3.40 PETANG
KEHADIRAN : 12 ORANG ATLET, 2 JURULATIH







Ini merupakan pemantauan pertama saya ke pusat latihan ini memandangkan pada tahun 2014, saya telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga sukan memanah USPTN Selangor. Pemantauan yang dibuat ini sekaligus mengenalkan saya kepada atlet-atlet sukan memanah termasuk bekas jurulatih penuh masa sukan ini dahulu iaitu Encik Amran Hamidi. Menurut jurulatih ini, beliau masih akan membantu Program Pelapis walaupun kini menjadi jurulatih sukan memanah, Majlis Sukan Negeri Selangor.


Pemantauan ini juga turut disertai bersama oleh Encik Norazizam selaku PPN sukan ini sejak tahun 2006. Beliau telah membantu saya dalam memberi penerangan serba sedikit berkenaan dengan sukan ini dan berkesempatan juga memperkenalkan saya kepada atlet yang hadir pada sesi latihan waktu ini.

Sewaktu pemantauan kami, kelihatan ramai atlet sedang menjalani latihan. Jurulatih memaklumkan pelajar dari beberapa sekolah negeri Selangor sedang menjalani latihan bagi persediaan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Selangor yang akan di adakan pada 17hb - 21hb Februari 2014 bertempat di Kuala Kubu Bharu.
Manakala 12 orang atlet Pelapis yang hadir menjalani latihan adalah sebagai persediaan menghadapi Kejohanan 1st Archery National Circuit  201e4 yang akan berlangsung di Alor Star, Kedah pada 26hb Februari hingga 2hb Mac 2014.

Sekian,

Laporan disediakan oleh

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Memanah, Pelayaran, Tenpin Boling dan Taekwondo

No comments:

Post a Comment