Wednesday, November 2, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik (Nov )

TARIKH : 1HB NOVEMBER 2011 ( SELASA )
TEMPAT : DEWAN LATIHAN GIMNASTIK ARTISTIK SEKSYEN 6 SHAH ALAM.
MASA : 9.00-10.30 PAGI
KEHADIRAN : 2 JURULATIH , 6 ATLET LELAKI DAN 5 ATLET WANITA










Sesi latihan berjalan dengan lancar dengan kedua-dua jurulatih memberi komitmen yang amat baik semasa latihan. Pemantauan kali ini memperlihatkan sebahagian atlet telah mula menjalani rutin yang lebih mencabar berbanding sebelum ini.

Keadaan 'pit'di pusat latihan ini masih belum dapat diperbaiki kerana masih dalam proses justifikasi di pihak Majlis Sukan Negeri. Keadaan didapati semakin teruk memandangkan cuaca hujan yang kerap berlaku kebelakangan ini menyebabkan takungan bawah 'pit' ini ditakungi air yang banyak.

Pihak MSNS Holding telah memastikan aktiviti 'fogging' di buat bagi mengelakkan pembiakan nyamuk dari berlaku. Terbaru yang dibuat adalah pada 31hb Oktober 2011.

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik

No comments:

Post a Comment