Wednesday, November 2, 2011

Klinik Sukan Gimnastik Artistik Pelapis Selangor 2011

Tarikh : 29hb Oktober 2011 ( Sabtu )
Tempat : Pusat Sukan MSN Seksyen 6, Shah Alam Selangor

Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 Petang

Penglibatan : Atlet, Ibubapa, Jurulatih dan kakitangan USPTN Selangor







Program ini telah disertai oleh seramai 34 orang atlet gimnastik artistik dari 2 pusat latihan negeri iaitu dari Shah Alam dan Sekinchan. Semua keempat- empat orang jurulatih juga turut terlibat dalam program ini. Encik Aminuddin Bin Nasir telah dijemput untuk menyampaikan topik latihan mental bagi para atlet.

Kehadiran ibubapa yang memberi sokongan, amat memberangsangkan. Dengan kehadiran ibubapa juga, taklimat mengenai peranan dan sokongan mereka dalam membantu pembangunan sukan gimnastik, turut disampaikan.

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Unit USPTN Selangor, Puan Zie Ileana Izra kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke program ini.

**Mohon maaf, gambar bagi aktiviti yang lain tidak dapat disertakan atas masalah teknikal yang berlaku**

Laporan disediakan oleh:

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik

No comments:

Post a Comment