Monday, August 13, 2018

MENEMBAK : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( Bil 1/08 )

Tarikh    :  11hb Ogos 2018 ( Sabtu )
Tempat  :  Lapangsasar Menembak, Subang. 
Masa pemantauan : 10.15 Pagi  - 12.45 tengah hari                   

Kehadiran 

1)  Encik Azmi Bin Zakaria  ( JPM )
2)  Atlet : 18 Orang


Program Latihan :
 - Air pistol : 10 meter
 - Air Rifle : 10 meter
 - Prone : 50 meter











Pertandingan

- Beberapa orang atlet telah selesai menyertai Kejohanan Sportexcel/NSC/MILO/NSAM 5th Junior Shooting Championships dan Piala Chia Woh pada 1-4 Ogos 2018. Pencapaian keseluruhan pasukan memperolehi 3 Emas, 2 Perak dan 7 Gangsa.


Peralatan 
- Semua permohonan peralatan yang telah dibuat, telah diterima dan direkodkan. 

Kecederaan

- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan

- Tiada pada bulan Ogos

Ulasan  

- Menerusi pemantauan yang dibuat pada minggu lepas, di dapati atlet mengambil masa yang lama bagi beratur untuk mengambil senjata. Ini berikutkan kes  yang terjadi sebelum ini, menyebabkabn kawalan pengambilan senjata diperketatkan.

- Encik Azmi Bin Zakaria, hadir menjalani latihan membantu atlet USPTN yang tersenarai menyertai pasukan SUKMA 2018.

- Berdasarkan makluman yang diterima, masih belum ada maklumbalas dari pihak PDRM berkenaan dengan status jurulatih walaupun permohonan telah dikemukakan oleh pihak Majlis Sukan Negara ke PDRM.



SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Menembak, Gimrama dan Tinju.

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


Friday, August 10, 2018

PEMANTAUAN PLN OLAHRAGA USPTN SELANGOR


SUKAN : OLAHRAGA
tarikh : 9.8.201
Masa : 4.30pm - 6.30pm
Tempat : Stadium MBPJ
Kehadiran :
1. En. Zulkifli Majid (JSM)
2. Cik Malathi (JSM)
3. 1 atlet lelaki 1atlet wanita

LATIHAN
1. Warming up
2. Drill
3. Latihan larian jarak jauh

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Keadaan trek sangat teruk. Tetapi beberapa lorong masih boleh digunakan untuk latihan.

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN 
Tiada 

ULASAN
Pada hari ini hanya 2 orang atlet sahaja yang hadir. Ini kerana sebahagian atlet telah menjalani latihan sebelah pagi di SMK Taman sea. Latihan petang ini jurulatih fokus kepada acara larian jarak jauh kerana atlet yang hadir ini merupakan atlet jarak jauh.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor


Sent from Samsung Mobile

GIMRAMA : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ( Bil 1/08 )


Tarikh    :  9hb Ogos 2018 ( Khamis )
Tempat  :  SJKC Taman Rashna, Klang
Masa latihan : 2.00 - 6.30 Petang                                                                                                                                                                            Masa pemantauan : 3.15 - 4.30  Petang                     

Kehadiran 

1)  Puan Hew Wan Ting ( JSM )
2)  Atlet : 12 Orang


Program Latihan 

- Latihan individu dan berkumpulan







Ujian

- Tiada.

Pertandingan

- Tiada setakat ni. Atlet telah menyertai Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimrama Siri 1/2018 yang telah do adakan pada 1hb -4hb Julai 2018.

Peralatan 

- Mencukupi dan baik. Menggunakan kemudahan yang sedia ada di sekolah.  


Kecederaan

- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan

- Tiada

Ulasan  

- Jurulatih memaklumkan pada minggu ini, atlet menjalani latihan di dua lokasi berbeza memandangkan dewan latihan yang kebiasaan di gunakan, digunakan bagi murid sekolah menjalani latihan bagi pertandingan nyanyian. Latihan di lobi ( tingkat atas dijalankan dari pukul 2.00 -4.00 petang ) dan bersambung di dewan pada pukul 4.00 -6.30 petang.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Menembak, Tinju dan Gimrama

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562