Tuesday, January 3, 2012

Klinik Sukan Skuasy Pelapis Selangor 2011

TARIKH : 30 DISEMBER 2011
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN ASTAKA, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
PENYERTAAN : 35 ORANG

Program ini telah disertai oleh seramai 35 orang atlet skuasy dari 2 pusat latihan negeri iaitu dari Petaling Jaya dan Puchong. Encik Aminuddin Bin Nasir telah dijemput untuk menyampaikan topik psikologi dan motivasi dalam menjalani latihan, sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Unit USPTN Selangor, Puan Zie Ileana Izra kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke program ini.
 Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Majulah Sukan Untuk Negara

--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, BERBASIKAL, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR


Monday, December 26, 2011

TENPIN BOLING :BENGKEL SUKAN TENPIN BOLING USPTN SELANGOR 2011

TARIKH : 26HB DISEMBER 2011 ( ISNIN )
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SUKSES, MSN SELANGOR.
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 3.30 PETANG



Bengkel Sukan Tenpin Boling USPTN Selangor ini telah diadakan buat julung kali pada tahun 2011 ini dan melibatkan seramai 20 orang atlet sukan tenpin boling Negeri Selangor. Objektif utama bengkel ini di adakan adalah untuk memberi peluang kepada semua atlet menimba sebanyak ilmu pengetahuan berkenaan sukan tenpin boling disamping berkongsi pendapat serta idea bersama rakan atlet yang lain.

2012, menyaksikan temasya Sukan Malaysia bakal mengambil tempat dan majoriti daripada peserta bengkel ini adalah antara atlet yang bakal beraksi di kejohanan SUKMA itu nanti. Sesi pagi telah dikendalikan oleh Encik Azidi Ameran, jurulatih Pelapis Kebangsaan, Majlis Sukan Negara. Beliau dalam sesi penyampaianya telah menekankan aspek teknikal dalam permainan sukan tenpin boling. Antara lain yang dikongsi oleh jurulatih ini adalah beberapa aspek penting yang wajib diketahui sebagai seorang pemain boling.

Seusai masa rehat dan makan tengahari, sesi petang mengambil tempat di mana Puan Shalin Zulkifli , jurulatih sukan tenpin boling MSN Selangor,telah menyampaikan sesi motivasi dan latihan mental kepada semua atlet. Beliau antara lain dalam penyampaianya menekankan beberapa elemen yang sangat penting untuk seseorang atlet bergelar juara.

Secara keseluruhan, peluang atlet dapat berkongsi pendapat bersama dua penyampai ini dilihat amat berharga dimana mereka dapat mengetahui tips dari bekas pemain boling terkemuka negara.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam bengkel ini :)

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Tenpin Boling

Sunday, December 25, 2011

KEJOHANAN KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2, PERLIS 2011 : Sukan Gimrama

TARIKH : 7 - 11 DISEMBER 2011
TEMPAT : DEWAN BESAR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN ULU PAUH, PERLIS.





Seramai 17 orang atlet Pelapis Negeri telah menyertai Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 2/2011 pada kali ini. 6 orang daripadanya merupakan atlet baru ( kemasukan jun 2011 ) . Kesemua gimnas cilik ini telah menunjukkan prestasi yang membanggakan di sepanjang kejohanan berlangsung.

Secara keseluruhan atlet Selangor dari Sukan Gimrama telah menyumbang sebanyak 6 pingat emas, 14 pingat perak dan 37 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan pingat adalah sebanyak 57 pingat.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan jumpa lagi di Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 2012 :)

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Tenpin Boling