Wednesday, August 24, 2011

LATIHAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK DI BULAN RAMADHAN


Tarikh : 23hb Ogos 2011 ( Selasa )
Tempat : Dewan Sukan Gimnastik Seksyen 6, Shah Alam Selangor
Masa : 8.30 - 10.00 pagi
Kehadiran : 2 orang jurulatih, 6 atlet lelaki dan 6 atlet wanita.


Hujan lebat pada hari ini ( 23hb Ogos 2011 ) tidak menjadi penghalang bagi latihan sukan gimnastik dijalankan. Semasa ketibaan saya, didapati 12 orang atlit ini telah bersedia untuk memulakan latihan. Seperti yang telah dimaklumkan oleh jurulatih awal bulan Ogos yang lalu, masa latihan disingkatkan hanya 1 jam sahaja di bulan ramadhan.

Jurulatih memaklumkan kehadiran atlit semasa bulan ramadhan tidak memuaskan, ini termasuklah beberapa orang gimnas yang akan terlibat dengan peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

3 orang gimnas di bawah kendalian jurulatih Svitlana Badiulia telah mendapat tawaran untuk menyertai program Pelapis kebangsaan anjuran Majlis Sukan Negara. Tahniah di ucapkan kepada :

1) Sarah Aneesa Binti Mazwan ( 11 tahun )
Tempoh latihan : Ogos - Disember 2011

2) Low Qie Ling ( 12 tahun )
Tempoh latihan : November - Disember 2011

3) Wafiatun Nagiha Binti Rosli ( 12 tahun )
Tempoh Latihan : November - Disember 2011


Di sediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Gimnastik
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

Monday, August 15, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN DI BULAN PUASA SUKAN PELAYARAN

Tarikh       : 13 Ogos 2011 (Sabtu)
Tempat     : Pusat Latihan Pelayaran Selangor, Batu Laut, Kuala Langat
Masa         : 3.30 - 6.30 Petang
Kehadiran : 7 Orang Atlet, 3 Jurulatih

Sessi latihan di laut bermula pada pukul 4 petang dan berakhir pada pukul 6 petang. Dikesempatan itu juga saya dapat berbincang bersama AJK Persatuan dan mereka menyatakan rasa kecewa berkenaan Peruntukkan Penganjuran Kejohanan Regatta dari pihak Penaja iaitu KFC masih belum diterima dan menyebabkan kantung persatuan negeri agak berkurangan buat masa ini. (makluman)

Berkenaan latihan, maklumbalas dari jurulatih berkenaan latihan adalah atlet agak keletihan dan sessi latihan ringan dijalankan agar atlet tidak mengalami 'dehydrate'. Walaubagaimanapun, atlet bersemangat untuk meneruskan latihan seperti biasa.

--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MEMANAH, PELAYARAN & OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR