Wednesday, August 24, 2011

LATIHAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK DI BULAN RAMADHAN


Tarikh : 23hb Ogos 2011 ( Selasa )
Tempat : Dewan Sukan Gimnastik Seksyen 6, Shah Alam Selangor
Masa : 8.30 - 10.00 pagi
Kehadiran : 2 orang jurulatih, 6 atlet lelaki dan 6 atlet wanita.


Hujan lebat pada hari ini ( 23hb Ogos 2011 ) tidak menjadi penghalang bagi latihan sukan gimnastik dijalankan. Semasa ketibaan saya, didapati 12 orang atlit ini telah bersedia untuk memulakan latihan. Seperti yang telah dimaklumkan oleh jurulatih awal bulan Ogos yang lalu, masa latihan disingkatkan hanya 1 jam sahaja di bulan ramadhan.

Jurulatih memaklumkan kehadiran atlit semasa bulan ramadhan tidak memuaskan, ini termasuklah beberapa orang gimnas yang akan terlibat dengan peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

3 orang gimnas di bawah kendalian jurulatih Svitlana Badiulia telah mendapat tawaran untuk menyertai program Pelapis kebangsaan anjuran Majlis Sukan Negara. Tahniah di ucapkan kepada :

1) Sarah Aneesa Binti Mazwan ( 11 tahun )
Tempoh latihan : Ogos - Disember 2011

2) Low Qie Ling ( 12 tahun )
Tempoh latihan : November - Disember 2011

3) Wafiatun Nagiha Binti Rosli ( 12 tahun )
Tempoh Latihan : November - Disember 2011


Di sediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Gimnastik
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

2 comments: