Thursday, June 30, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik (Gimrama)


TARIKH : 29HB JUN 2011 ( RABU )
TEMPAT : SJK ( c ) SERDANG BARU 2, SELANGOR
MASA : 2.15 - 4.45 PETANG






Menerusi pemantauan, latihan berjalan dengan lancar. Seramai 9 orang atlet hadir pada sesi latihanini. 2 orang gimnas baru yang terpilih melalui pemilihan pada April 2011 telah diserap ke program Pelapis Negeri bermula Jun 2011.

Jurulatih memaklumkan seorang gimnas beliau iaitu Veronica Au Wei Ran telah terpilih bagi menyertai Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asia yang bakal berlangsung pada awal bulan Julai 2011. 2 orang gimnas lain iaitu adik Izzah Amzan dan adik Iman Iskandar Chan berlatih bagi menghadapi Kejohanan Gimrama Sportxcel Sirkit 1/2011 yang bakal di adakan pada 15 & 16 Julai 2011, manakala 6 orang gimnas yang lain berlatih untuk persediaan menyertai Karnival Pelapis Negeri 2/2011 Oktober kelak.

Kehadiran :

1) Veronica Au Wei Ran ( Junior )
2) Izzah Binti Amzan ( Pre Junior)
3) Iman Iskandar Chan ( Pre Junior )
4) Wu Weng Mei ( Gred 5 )
5) Aeisyah Umairah ( Gred 5 )
6) Fong Wan Qin ( Gred 2 )
7) Shak Jingle ( Gred 1 )
8) Nur Arisya ( Gimnas Baru )
9) Norsoraya Syafiqah ( Gimnas Baru )

Laporan di sediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Badminton & Gimnastik

Monday, June 27, 2011

PERTANDINGAN MENEMBAK JUNIOR DAN PELAPIS NEGERI SELANGOR 2011

TARIKH : 26HB JUN 2011
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK KEBANGSAAN, SUBANG

Kejohanan ini telah disertai oleh atlet-atlet remaja atau pelapis negeri Selangor. Seramai 38 orang atlet telah menyertai kejohanan kali ini yang terbahagi kepada 2 kategori sahaja iaitu 'Air Rifle ' dan 'Air Pistol'. Kejohanan ini telah diadakan berikutan pembatalan kejohanan Piala Chia Woh 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 23hb - 26hb Jun 2011.

Laporan disediakan oleh
--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

Thursday, June 23, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN GIMNASTIK ARTISTIK

TARIKH : 23HB JUN 2011 ( KHAMIS )
TEMPAT : DEWAN GIMNASTIK ARTISTIK SEKSYEN 6, SHAH ALAM.
MASA : 8.45 - 10.30 PAGI









Latihan sukan artistik bagi wanita dan lelaki berjalan dengan lancar. Kehadiran terdiri daripada 8 atlet wanita dan 5 atlet lelaki. Kedua-dua orang jurulatih telah memberi komitmen yang baik sepanjang sesi latihan. Perbincangan saya bersama dengan Ms Svitlana Badiulia adalah pada isu peralatan latihan yang tidak dapat digunakan untuk latihan. Mr Liu Hong Lu pula memaklumkan seramai 5 orang atlet ( seperti gambar di atas ) adalah atlet yang telah beliau senarai pendekkan untuk diserapkan ke program Pelapis negeri.

Berikut adalah senarai kehadiran pada sesi latihan :

WAG MAG
1) Wan Adrea 1) Chua Eng Pheng
2)Arin Sharaf 2) Chua Eng Khee
3) Iman 3) Ee Jun Long
4) Erika 4) Sim Oi Liang
5) Nabilah 5) Afiq Aiman
6) Nicole Chin 6) Aqil Aizat
7) Goh Eswen 7) Ong Jiang Wet
8) Tan Xin Lin

Laporan Oleh :


SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Badminton & Gimnastik