Thursday, June 30, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik (Gimrama)


TARIKH : 29HB JUN 2011 ( RABU )
TEMPAT : SJK ( c ) SERDANG BARU 2, SELANGOR
MASA : 2.15 - 4.45 PETANG






Menerusi pemantauan, latihan berjalan dengan lancar. Seramai 9 orang atlet hadir pada sesi latihanini. 2 orang gimnas baru yang terpilih melalui pemilihan pada April 2011 telah diserap ke program Pelapis Negeri bermula Jun 2011.

Jurulatih memaklumkan seorang gimnas beliau iaitu Veronica Au Wei Ran telah terpilih bagi menyertai Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asia yang bakal berlangsung pada awal bulan Julai 2011. 2 orang gimnas lain iaitu adik Izzah Amzan dan adik Iman Iskandar Chan berlatih bagi menghadapi Kejohanan Gimrama Sportxcel Sirkit 1/2011 yang bakal di adakan pada 15 & 16 Julai 2011, manakala 6 orang gimnas yang lain berlatih untuk persediaan menyertai Karnival Pelapis Negeri 2/2011 Oktober kelak.

Kehadiran :

1) Veronica Au Wei Ran ( Junior )
2) Izzah Binti Amzan ( Pre Junior)
3) Iman Iskandar Chan ( Pre Junior )
4) Wu Weng Mei ( Gred 5 )
5) Aeisyah Umairah ( Gred 5 )
6) Fong Wan Qin ( Gred 2 )
7) Shak Jingle ( Gred 1 )
8) Nur Arisya ( Gimnas Baru )
9) Norsoraya Syafiqah ( Gimnas Baru )

Laporan di sediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Badminton & Gimnastik

No comments:

Post a Comment