Monday, March 28, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN & PEMILIHAN KEDUA GIMNASTIK ARTISTIK WANITA USPTN SELANGOR

TARIKH    :  27HB MAC 2011 ( AHAD)
TEMPAT   :  GIMNASIUM GIMNASTIK ARTISTIK, PUSAT SUKAN MSN SELANGOR.
MASA       :  11.30 PAGI - 12.53 TENGAH HARI.
PESERTA  :   5 ORG GIMNAS, 11 ORG MURID, PPN USPTNS & JURULATIH (SVITLANA)








Hari kedua pemilihan gimnas baru, telah  melibatkan Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4 Shah Alam  (6 orang ) dan Tadika Seri Cahaya Shah Alam( 5 orang). Tepat jam 11.42 pagi, pemilihan oleh jurulatih pun bermula.

Pada hari yang sama, latihan oleh 5 orang gimnas yang sedia ada tetap dijalankan. Walaupun slot pemilihan ini dibuat, ianya tidak menganggu rutin latihan gimnas bersama jurulatih. Ditambah pula kuantiti peserta pada hari ahad tidaklah seramai 25 orang pada hari Sabtu. Secara keseluruhan, pemilihan dan latihan berjalan dengan lancar.

Setelah selesai 2 hari pemilihan ini dibuat, penghantaran surat ke 3 sekolah dan 1 Tadika akan dilakukan untuk memaklumkan murid yang terpilih untuk ke sesi pemilihan yang seterusnya.

Terima kasih kepada semua pihak yang teribat dalam menjayakan program ini :)


Disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Badminton

PEMILIHAN KEDUA GIMNASTIK ARTISTIK WANITA USPTN SELANGOR

TARIKH     :   26HB MAC 2011 ( SABTU )
TEMPAT    :   PUSAT SUKAN MSN SELANGOR, SEKSYEN 6 SHAH ALAM
MASA        :   11.30 PAGI - 1.45 PETANG
PESERTA   :   25 MURID, PPN USPTN SELANGOR & JURULATIH ( SVITLANA )



Terkini untuk perkembangan sukan gimnastik artistik, Sabtu lepas telah dijalankan sesi pemilihan kedua bagi pemilihan gimnas baru dari 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Rashna, Klang ( 12 orang ) dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam. ( 13 orang ) Seawal jam 11.00 pagi, kelihatan ramai ibubapa telah hadir bersama anak  ( yang terpilih melalui pemilihan pertama disekolah pada 13hb & 24hb Februari 2011 )

Setelah pendaftaran dilakukan, tepat jam 11.30 pagi. pemilihan pun dimulakan oleh jurulatih, Svitlana Badiulia. Mellaui pemerhatian dan pemarkahan yang diberikan, jurulatih sempat memaklumkan kepada saya, murid dari SK Taman Rashna lebih berpotensi berbanding SK Seksyen 9. Beberapa kriteria fizikal murid diambil kira oleh jurulatih ini.

Di akhir sesi pemilihan iaitu tepat jam 1.30 petang, Saya dan jurulatih mengambil peluang untuk menyampaikan taklimat ringkas kepada semua ibubapa yang hadir. Makluman tentang program Pelapis Negeri telah disampaikan kepada mereka. Jurulatih pula memaklumkan kepada ibubapa bahawa pemilihan pada hari itu bukanlah yang muktamad kerana tapisan demi tapisan akan beliau lakukan dari masa ke semasa.

Terima kasih kepada semua yang telibat dalam menjayakan program ini :)

Di sediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Badminton

Friday, March 25, 2011

TANDA-TANDA KEBAHAGIAAN

Renungkan:

* Tiap Bertambah Ilmu, Bertambah Pula Rendah Hati*
* Tiap Bertambah Amal, Bertambah Pula Takutnya Kepada ALLAH S.W.T*
* Tiap Bertambah Umurnya, Beransur Kurang Halobanya Terhadap Keduniaan *
* Tiap Bertambah Harta Kekayaan,Bertambah Pula Pemurahnya *
* Tiap Bertambah Pangkat Kedudukannya, Bertambah Dekat Dirinya Pada
   Orang*  
  

 Semoga Kita Menjadi Insan Yang Bahagia :)

Sumber dari buku motivasi Dr.HM Tuah Iskandar Al-Haj