Friday, October 17, 2014

PEMANTAUAN PLN MENEMBAK







Tarikh : 11.10.2014
Masa : 10.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Lapangsasar Menembak Kebangsaan, Subang

Kehadiran :
1. Shakimi Mohamed - JPM (MSN Selangor)
2. Anderson Teh (Persatuan Menembak Selangor)
3. Atlet -  12 lelaki 5 Wanita

LATIHAN
1. Sesi senaman pagi
2. Dry fire - 30 minit
3. 10M Air Pistol & Air Rifle (Lelaki - 60 Shot & Wanita - 40 Shot)
4. 50M Prone - 40 Shot
5. Berenang

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Pasukan Selangor akan menyertai Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Sportexcel Sirkit 5 yang diadakan pada 15 - 19 Oktober 2014 di Lapangsasar Menembak Kebangsaan, Subang

PERALATAN
Perlu senjata baru dan yang lama perlu dibaik pulih atau dibuat servis.

KECEDERAAN
Seorang atlet mengalami sakit kaki dan menjalani latihan ringan sahaja.

PROGRAM BINAAN
PPN mencadangkan untuk mengadakan kejohanan dalaman pada bulan oktober akan tetapi jurulatih dan pihak persatuan mencadangkan untuk di tukar pada bulan November.

ULASAN
Persatuan Menembak Selangor, jurulatih En.Shakimi, En.Anderson serta PPN mengadakan perbincangan mengenai acara yang akan disertai oleh atlet Selangor pada kejohanan akan datang dan prestasi semasa atlet Selangor.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Menembak Negeri Selangor
Tarikh: 15.10.2014

Monday, October 13, 2014

PELAYARAN : LAPORAN LATIHAN HARIAN OLEH JURULATIH

TARIKH   : 12HB OKTOBER 2014
TEMPAT  : PUSAT LATIHAN SUKAN PELAYARAN, BATU LAUT KUALA LANGAT
MASA       : 7.30 PAGI - 6.00 PETANG
KEHADIRAN : 22 ORANG ATLET DAN 3 JURULATIH










Jurulatih Penuh Masa, Sharul Abd Razak memberikan laporan beliau mengenai program latihan serta aktiviti atlet sukan pelayaran pada sesi latihan hari Ahad.

Seramai 22 orang atlet hadir bagi latihan ini dan seawal pukul 7.30 pagi mereka telah menjalani Ujian Kecergasan. Selesai ujian kecergasan ini, atlet mengambil masa berehat sebelum mereka melibatkan diri dalam Program Tanam Pokok Bersama pihak Majlis Daerah Kuala Langat.

Mereka kemudian mendengar taklimat daripada kedua-dua jurulatih sebelum turun ke laut. Jurulatih dalam laporan beliau memaklumkan keadaan cuaca pada waktu ini, tidak berangin di tambah dengan keadaan jerebu.

Selesai sahaja sesi latihan ini, atlet seterusnya mempersiapkan peralatan dan bot bagi tujuan penyertaan Kejohanan Johor Open Regatta yang akan di adakan pada 17 - 19 Oktober 2014, bertempat di Pantai Tg Leman, Mersing Johor.

Selamat Maju Jaya bagi atlet -atlet yang menyertai kejohanan ini.

Sekian untuk laporan yang di sampaikan oleh jurulatih.

Disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Pelayaran, Memanah, Tenpin Boling dan Taekwondo.

Tuesday, October 7, 2014

PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN RENANG





Tarikh : 03.10.2014
Masa : 7.30 Petang - 10.00 Malam
Tempat : Pusat Akuatik Darul Ehsan

Kehadiran :
1. Ong Jin Kooi - JPM
2. Mark Chua Yu Foong - JSM
3. Atlet - 18 Lelaki 15 Wanita

Latihan
1. 20 x 25 Meter - Bebas / Kuak Dada / Kuak lentang / Kupu-kupu

Peralatan
Semua dalam keadaan baik

Kecederaan
Beberapa atlet mengelami demam dan selsema

Ulasan
1. Perbincangan diadakan bersama jurulatih berkenaan jadual penggunaan tempat latihan dan prestasi atlet semasa.

Sekian. Terima kasih

Laporan  disediakan oleh
Mohd Firdaus Rosli
PPN Renang Selangor