Thursday, September 19, 2013

GIMNASTIK ARTISTIK :Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik : SJKC Yuk Chai, Kelana Jaya Selangor.





TARIKH  : 30HB JULAI 2013 ( KHAMIS )
MASA     : 10.30 PAGI SEHINGGA 11.45 PAGI
TEMPAT : PUSAT LATIHAN SJKC YUK CHAI, KELANA JAYA SELANGOR.
JUMLAH KEHADIRAN : WAN AKMAL HAKIM ( Jurulatih ) & 8 Orang Atlit.

Ulasan :

 Pusat latihan ini baru sahaja diiktiraf sebagai pusat latihan USPTN Selangor bermula pada bulan Julai 2013 bagi sukan gimnastik artistik selain satu lagi pusat latihan yang bertempat di Shah Alam. Encik Wan Akmal Hakim telah dilantik menjadi jurulatih sambilan dengan sejumlah 12 orang atlit iaitu 6 lelaki dan 6 wanita.

Masa latihan bagi PLN ini adalah seperti berikut :

   Selasa , Rabu dan Jumaat : 10.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari.
   Sabtu                               : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi

Sebagai makluman, bersebelahan sesi latihan sukan gimnastik artistik ini terdapat sesi latihan bagi sukan gimrama yang mana sukan ini adalah dibawah kendalian dan pengurusan pihak kelab sukan gimrama negeri Selangor. Tidak menjadi masalah jika kedua-dua sukan ini menjalankan sesi latihan yang sama memandangkan keluasan dewan badminton sekolah ini yang membolehkan sesi latihan dijalankan secara serentak.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik Artistik & Gimrama, Tenpin Boling da Taekwondo.



Monday, September 9, 2013

Laporan Pemantauan Latihan Pelayaran

Tarikh : 8 Sept 2013
Masa : 2 - 6 ptg
Tempat : Pusat Pelayaran Negeri, Batu Laut, Kuala Langat
Jumlah kehadiran : 18 org
Jenis Latihan : Latihan di Laut

- Latihan berjalan dengan baik, keadaan angin yang kuat sekitar 10 - 13 knot memberi cabaran dalam latihan menangani angin kuat.

Diharapkan Cawangan Pelapis dapat mempercepatkan kelulusan peralatan kerana kekurangan peralatan bagi tujuan latihan seperti Layar, Tali, "rudder and centre boat".

Sekian, harap maklum


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 28, 2013

MEMANAH :KEJOHANAN MEMANAH ZON TENGAH SIRKIT 1/2013 (HARI PERTAMA)

Tarikh : 28 Mei 2013

Tempat : Kolej Vokasional Klang, Selangor

Salam

Kejohanan Memanah Zon Tengah Sirkit 1/2013 telah berlangsung pada 28 Mei 2013 hingga 29 Mei 2013. Seramai 43 orang atlet yang melibatkan penyertaan dari :

i. Pasukan USPTN Perak (Pengkalan Hulu)

ii. Pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

iii. Pasukan USPTN Selangor

iv. Pasukan SPTS Selangor

Acara yang berlangsung pada hari ini melibatkan 3 jarak iaitu 70, 60 dan 50 meter bagi kategori I manakala 3 jarak bagi 60, 50 dan 40 meter bagi kategori II.

sekian, harap maklum
--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MEMANAH, PELAYARAN & OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR