Thursday, September 19, 2013

GIMNASTIK ARTISTIK :Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik : SJKC Yuk Chai, Kelana Jaya Selangor.





TARIKH  : 30HB JULAI 2013 ( KHAMIS )
MASA     : 10.30 PAGI SEHINGGA 11.45 PAGI
TEMPAT : PUSAT LATIHAN SJKC YUK CHAI, KELANA JAYA SELANGOR.
JUMLAH KEHADIRAN : WAN AKMAL HAKIM ( Jurulatih ) & 8 Orang Atlit.

Ulasan :

 Pusat latihan ini baru sahaja diiktiraf sebagai pusat latihan USPTN Selangor bermula pada bulan Julai 2013 bagi sukan gimnastik artistik selain satu lagi pusat latihan yang bertempat di Shah Alam. Encik Wan Akmal Hakim telah dilantik menjadi jurulatih sambilan dengan sejumlah 12 orang atlit iaitu 6 lelaki dan 6 wanita.

Masa latihan bagi PLN ini adalah seperti berikut :

   Selasa , Rabu dan Jumaat : 10.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari.
   Sabtu                               : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi

Sebagai makluman, bersebelahan sesi latihan sukan gimnastik artistik ini terdapat sesi latihan bagi sukan gimrama yang mana sukan ini adalah dibawah kendalian dan pengurusan pihak kelab sukan gimrama negeri Selangor. Tidak menjadi masalah jika kedua-dua sukan ini menjalankan sesi latihan yang sama memandangkan keluasan dewan badminton sekolah ini yang membolehkan sesi latihan dijalankan secara serentak.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik Artistik & Gimrama, Tenpin Boling da Taekwondo.



No comments:

Post a Comment