Monday, March 5, 2012

PELAYARAN: LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PERAHU LAYAR



---------- Forwarded message ----------
From: Norazizam Mohamad <norazizam.usptn@gmail.com>
Date: 2012/2/9
Subject: LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PERAHU LAYAR
To: jefri ngadirin <jefri.cp@gmail.com>, Mohd Yazid Hj Shoib <yazid.cp@gmail.com>, adam PELAPIS <adamshazan.cp@gmail.com>, zie ileana <zileanaizra.usptn@gmail.com>
Cc: MOHD NOR IZUWAN ARIFIN <izuwan.cp@gmail.com>, azrulhisyam.cp@gmail.com, leong.msns@gmail.com, melisa lisa <harlisarozikin.msns@gmail.com>


Tarikh : 5 - 6 Februari 2012

Tempat : Pusat Latihan Pelayaran Selangor, Batu Laut, Kuala Langat

Kehadiran : 28 orang atlet

Laporan :

i. Pemantauan dibuat bertujuan untuk menilai perkembangan atlet baru selepas Klinik Pelayaran Negeri Selangor yang telah diadakan pada 2 - 4 Disember 2011.

ii. Hampir 95% atlet baru yang menyertai Klinik tersebut berminat untuk menyertai program dengan sokongan ibu bapa masing-masing. Kebanyakan ibu bapa dari daerah Klang, Hulu Langat dan Sepang sanggup untuk menghantar anak-anak mereka menjalani latihan setiap sabtu dan ahad.

Perkara Berbangkit :

i. Kekurangan jurulatih untuk melatih atlet baru kerana 3 orang jurulatih sedia ada tidak cukup untuk menampung jumlah atlet yang ramai dan juga komitmen mereka pada SUKMA 2012. Mohon supaya dipertimbangkan penambahan seorang lagi Jurulatih Separuh Masa (JSM).

ii. Kekurangan peralatan (eksesori) seperti boyance beg, layar, mask dan lain-lain amat diperlukan bagi tujuan latihan kerana bot sedia ada kekurangan peralatan tersebut.. Pusat latihan ini memerlukan pertambahan sebanyak 8 bot yang lengkap.

Diharapkan laporan dan permohonan ini dapat dipertimbangkan.

sekian, harap maklum


--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MEMANAH, PELAYARAN & OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR





--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MEMANAH, PELAYARAN & OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR


Friday, March 2, 2012

BERBASIKAL :LATIHAN SUKAN BERBASIKAL


Tarikh : 1 Mac 2012 (Khamis)
Tempat : Seksyen 4 & 7 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Masa : 3.30 Petang hingga 5.30 Petang
Kehadiran : 22 orang atlet dan 1 orang jurulatih


Sesi latihan sukan berbasikal seramai 22 orang atlet dan 1 orang jurulatih telah hadir ke sesi latihan tersebut. Sesi latihan telah dilangsungkan di Seksyen 4 & 7 Shah Alam berdekatan dengan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor bagi sesi latihan bukit. Semasa sesi pemantauan tersebut, beberapa masalah telah diperbincangkan antaranya masalah kesihatan atlet dan latihan pusat semasa cuti sekolah pada bulan mac ini.

Mohd Firdaus Bin Rosli
Pegawai Pembangunan Negeri
Menembak, Berbasikal, Skuasy & Tinju
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor


Friday, February 3, 2012

Lawatan Pusat Latihan Angkat Berat SMK RAJA MUDA MUSA Batang Berjuntai


salam sejahtera...
lawatan pusat angkat berat SMK RAJA MUDA MUSA batang berjuntai
tarikh : 2/2/2012
masa  : 4.00 ptg
lawatan ini di buat adalah untuk melihat keadaan pusat latihan yg baru di bina di sekolah berkenaan selain dr memantau latihan yg di jalankan.
sekalung tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada pihak sekolah kerana telah berjaya mewujudkan tempat latihan yg baru, selesa dan cantik. sekalung tahniah juga di ucapkan kepada semua yg terlibat dalam meningkatkan taraf pusat latihan yg sedia ada kerana di fahamkan pihak sekolah telah menerima bantuan sebanyak RM60 ribu bagi menaik taraf sebuah bengkel kepada pusat latihan angkat berat.
bagi sesi latihan, semasa pemantaun di jalankan seramai 8 org atlet sedang menjalani latihan yg di kendalikan oleh JSM mohd fazlan dan di bantu oleh guru di sana en azhar. kami  berasa amat bangga kerana di pusat latihan ini sudah ada atlet wanita  yg menjalanai latihan.. seramai 6 org pelajar perempuan dr tingkatan 3 dan 5...  satu perkembangan yg baik dan di ucapkan tahniah kepada jurulatih.
diharap atlet yg sedia ada ini dpt dikekalkan dan menjadi atlet yg yg menyumbang sesuatu pada negeri dan negara pada masa akan datang.
sekian

Abd Latif Arshad
PPN Selangor