TARIKH : 25HB FEBRUARI 2015 ( RABU )
TEMPAT : PUSAT LATIHAN SUKAN TERJUN, PADE SHAH ALAM SELANGOR
MASA : 9.00 - 10.00 PAGI
KEHADIRAN : 2 JURULATIH & 3 ATLET
Pusat latihan ini merupakan pusat yang pertama di lawati oleh Encik Fairul sempena kunjungan lawatan beliau ke pusat-pusat latihan yang terdapat di Selangor. Jurulatih, Encik Rossarisham telah menjelaskan serba sedikit permasalahan yang dihadapi oleh sukan terjun . Antara yang utama adalah dari segi peralatan, dimana jurulatih memaklumkan , peralatan 'springboard' yang di gunakan pada ketika ini adalah lama iaitu dari tahun 1998. Masalah peralatan lain adalah tali untuk trampoline yang ada antaranya teah hampir putus dan tidak selamat untuk digunakan.
Dari segi kehadiran atlet pula , jurulatih memaklumkan kehadiran pada sesi pagi agak kurang memuaskan memandangkan atlet ramai yang terlibat dengan waktu persekolahan di sebelah pagi.
Semasa kunjungan kami ini, kami dapati ada 3 orang atlet sedang berlari mengelilingi kolam untuk pemanasan badan sebelum sesi latihan di dalam kolam dimulakan.
Sekian, untuk laporan
SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Angkat Berat & Terjun
No comments:
Post a Comment