Saturday, January 24, 2015

PERBINCANGAN DENGAN PIHAK SEKOLAH : CADANGAN PENUBUHAN PUSAT PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN @ SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG.

TARIKH  :   21hb JANUARI 2015
TEMPAT :   SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MAAHAD HAMIDIAH ,
                     KAJANG, SELANGOR.
MASA      :  10.00 PAGI












 Perjumpaan serta perbincangan bersama dengan pihak Sekolah Menangah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah Kajang ini telah di adakan pada 21hb Januari 2015. Perbincangan di adakan bersama  Puan Mazita Mansor, Pemangku Penolong Kanan Ko-Kurikulum , Puan Rosni Koronay , Guru Penasihat Kelab Sukan Memanah dan juga Encik Mohd Nazmi Mahamud , Guru Penasihat Kelab Sukan Memanah.

Perbincangan utama adalah mengenai cadangan bagi penubuhan pusat Program Penggalakan Sukan  PPS  bagi tahun 2015 . Saya dimaklumkan oleh guru-guru ini bahawa MAHA  ARCHERY                 ( Maahad Hamidiah Archery ) ini telah ditubuhkan sejak tahun 2007 dan mengambil kira Sukan Memanah merupakan sukan kluster di sekolah ini. Puan Rosni memaklumkan bahawa peralatan memanah yang ada di sekolah  pada masa ini , telah diberikan oleh pihak sekolah., sementara 3 set target butt teah diperolehi dari pihak NAAM , kali terakhir pada tahun 2013.

Encik Nazmi juga memaklumkan buat masa kini, seramai lebih kurang 30 orang pelajar adalah merupakan atlet yang bergiat dalam sukan memanah di sekolah ini dan dari jumlah 20 tersebut sereamai antara 12-15 orang adalah atlet yang disenaraikan boleh bersaing untuk di bawa ke kejohanan.  Sesi latihan sukan memamnah di sekolah ini adalah seperti berikut :

Isnin hingga Khamis   : Jam 3.30 Petang  - 6.30 Petang
Sabtu                             : Jam 8.30 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Cadangan bagi melantik Encik Mohd Nazmi Mahamud sebagai guru penyelaras PPS ini juga telah diajukan kepada beliau dan kini, dalam proses penghantaran resume bagi proses seterusnya.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR




No comments:

Post a Comment