Thursday, November 20, 2014

MEMANAH : KLINIK PENGENALAN SUKAN MEMANAH 2014

TARIKH  :  18HB OKTOBER 2014 ( SELASA )
TEMPAT :  SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG UTAMA, GOMBAK SELANGOR
MASA     : 8.30 PAGI - 3.00 PETANG
PENYERTAAN : 45 ORANG PELAJAR, 5 ORANG GURU SEKOLAH, JPM NEGERI, JSM NEGERI DAN PPN.














Klinik pengenalan sukan memanah di Sekolah ini adalah yang julung kalinya di adakan. Seramai 65 orang pelajar secara keseluruhan terlibat dengan program ini yang telah mendapat sokongan daripada Guru Besar sekolah iaitu Puan Hamidah.

Program ini telah dikendalikan oleh jurulatih sambilan sukan memanah Pelapis Negeri Selangor iaitu Cik Nurul Atiqah Binti Amran, dengan di bantu oleh Afham Sukurdin ( Atlet Pelapis Sukan Memanah Selangor ) dan turut sama di pantau oleh Jurulatih Negeri , Encik Amran Bin Hamidi.

Melalui perjumpaan saya bersama dengan Puan Guru Besar,  beliau memaklumkan Kelab Sukan Memanah turut ditubuhkan di sekolah ini dan ianya dikendalikan oleh beberapa orang guru sekolah yang komited terhadap perkembangan dan pembangunan sukan memanah. Beliau mengharapkan agar sekolah ini dapat dijadikan salah sebuah pusat latihan memanah Negeri Selangor.


Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri 
Sukan Memanah, Tenpin Boling , Taekwondo dan Pelayaran
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor


No comments:

Post a Comment