Tuesday, October 11, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik ( Okt )

TARIKH : 6HB OKTOBER 2011 ( KHAMIS )
TEMPAT : DEWAN GIMNASTIK ARTISTIK SEKSYEN 6, SHAH ALAM
MASA : 8.30-10.30 PAGI





Pemantauan pada 6hb Oktober 2011 ini di pilih kerana kebetulan Cik Jeslina Michael dari Cawangan Kejurulatihan Majlis Sukan Negara ingin membuat kunjungan lawatan ke pusat latihan gimnastik artistik, Shah Alam.

Semasa kehadiran beliau, 10 orang gimnas iaitu 6 lelaki dan 4 wanita sedang menjalani latihan di bawah kendalian dua orang jurulatih, Svitlana Badiulia & Liu Hong Lu. Perjumpaan saya pertama kali bersama Cik Jeslina Michael, membincangkan tentang perkembangan latihan jurulatih, masalah serta program latihan sukan gimnastik artistik USPTN Selangor.

Di kesempatan yang ada, Cik Jeslina sempat meninjau keadaan pusat latihan termasuklah peralatan 'pit' yang mengalami kerosakan pada ketika ini dan masih tidak dapat digunakan bagi tujuan latihan. Jurulatih, Svitlana Badiulia berpeluang untuk berbincang dan berbual dengan Cik Jeslina behubung perkara kejurulatihan.

Satu kunjungan yang amat baik dan semoga cawangan kejurulatihan, Majlis Sukan Negara sudi melawat pusat latihan negeri ini lagi dari masa ke semasa. Terima kasih diucapkan.

Laporan oleh :

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik

No comments:

Post a Comment