Tuesday, April 19, 2016

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET SUKAN TERJUN








Tarikh    :  19.04.2016 ( Selasa )
Tempat   :   Diving Dry Gym
Masa Latihan : 8.30-11.00 Pagi

Kehadiran :

1. En Rossarisham Bin Roslan ( JPM )
2. Atlet : 4 Lelaki

PROGRAM LATIHAN
1. Papan Anjal 102cb,
2. Trampoline 201,301,401,402,404
3. Support 103,105 & 107

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Berkeadaan baik.

KECEDERAAN
Tiada laporan kecederaan dimaklumkan oleh jurulatih.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN

1. Hanya 4 orang atlet yang hadir ke sesi latihan pagi. Majoriti atlet sukan terjun akan hadir pada sesi latihan petang.

2. Atlet juga akan menjalani  latihan di kolam renang, hanya apabila sesi latihan di gim selesai pada pukul 10.30 pagi.

3. Seramai 10 orang atlet sukan terjun akan menyertai Kem Bakat Sukan Terjun Siri 1/2016 yang akan di adakan pada 25-29hb April 2016.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik ( Terjun )

PEMANTAUAN LATIHAN TENPIN BOLING USPTN SELANGOR




Tarikh : 12 April 2016
Tempat : Ampang Superbowl, Summit USJ, Subang Jaya
Masa : 8.30 - 9.45 malam
Kehadiran : 32 org atlet, 2 jurulatih

Pemantauan bertujuan melihat situasi atlet tidak cukup lorong bagi latihan. Atlet berkongsi sebanyak 5 orang bagi 1 lorong latihan.

Waktu latihan juga terpaksa dikurangkan sebanyak 1 jam 30 minit sahaja bagi mengurangkan jumlah bayaran. Latihan hanya dapat dijalankan sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis sahaja. Baki jam yang ada digunakan bagi kelas teori.

Perbincangan telah diadakan bersama wakil persatuan bagi menambahkan jumlah hari dan jam latihan yang perlu dijalankan.

Diharapkan pihak MSN Malaysia memahami masalah yang kami hadapi dengan berikutan jumlah peruntukkan sewa lorong yang tidak mencukupi.

Sekian, harap maklum

--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, TENPIN BOLING DAN SEPAK TAKRAW
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN DAN PERJUMPAAN ATLET MENEMBAK

Tarikh : 19 April 2016

Tempat : Lapangsasar Subang, Subang Jaya

Masa : 11.30 pagi hingga 1 petang

Kehadiran : 9 atlet, 1 jurulatih

Perjumpaan atlet diadakan bagi memberi penjelasan pada atlet yang tidak mewakili Negeri pada SUKMA 2016 nanti supaya meneruskan latihan seperti biasa memandangkan mereka mempunyai peluang pada SUKMA 2018 nanti.

Diharapkan atlet ini tidak berputus asa dan meneruskan latihan seperti biasa.

sekian, harap maklum






--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, TENPIN BOLING DAN SEPAK TAKRAW
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR