Wednesday, April 29, 2015

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DI BATU 18, HULU LANGAT.

TARIKH   : 28HB APRIL 2015 ( SELASA )
TEMPAT   : PUSAT LATIHAN SUKAN ANGKAT BERAT,
MASA      : 11.30 PAGI - 1.30 PETANG







Lawatan ke pusat latihan kali ini adalah untuk menghantar satu unit cermin ke pusat latihan di Batu 18, Hulu Langat. Set cermin ini adalah daripada peruntukan pembelian peralatan pada tahun 2014. Kesempatan yang ada, PPN bersama dengan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Majlis Sukan Negeri Selangor, En Haziq telah mengambil peluang untuk berbincang dengan jurulatih , Encik Naharuddin Bin Mahayuddin berkenaan program bagi tahun 2015.

Antara perbincangan :

1) Cadangan untuk mengadakan Kejohanan Tertutup antara sekolah dan pusat yang melibatkan  sukan Angkat Berat antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor dan juga pusat latihan di Batu 18, Hulu Langat ini.

2) Perbincangan mengenai penempatan atlet yang berlatih di Batu 18, Hulu Langat apabila bermulanya kerja penambahbaikan pusat latihan ini yang dijangka akan dijalankan pada bulan Mei 2015.

3) Saranan daripada jurulatih agar pusat latihan SMK Bestari Jaya dapat menghantar atlet ke kejohanan yang akan datang. Begitu juga penyertaan dari sekolah yang mempunyai sukan angkat berat.

4) Cadangan bagi perlaksanaan ujian kecergasan bagi atlet sukan angkat berat .

Terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Selangor kerana telah membantu dalam proses penghantaran set cermin ke pusat latihan ini.


Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Akuatik dan Angkat Berat


Monday, April 27, 2015

PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMRAMA

Tarikh    : 25/4/2015
Masa     : 10.00 Pagi
Tempat  :  SJK (C) YUK CHAI

KEHADIRAN 
1. Chen Fon Tin - JSM
2. Atlet – 18  WANITA

LATIHAN
1.Physical Exercise
2.Floor Exercise

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada
PERALATAN
1) Peralantan latihan dan gelanggang gimrama berkeadaan baik.
PROGRAM BINAAN
Tiada
ULASAN
1. Latihan berjalan lancar seperti biasa tanpa sebarang masalah.


--

Mohd Nazrin Bin Abdul Rahman
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMNASTIK

Tarikh               : 26/4/2015
Masa                : 10.00 Pagi
Tempat             :  SJK (C) YUK CHAI

KEHADIRAN 
1.Onn Kwang Tung (JMSNS)
2. Wan Mohamad Akmal Hakim (JSM)
3.Kwan Yao Xuen – (JSM)
2. Atlet – 34  (12 L) (22 W)

LATIHAN
1. Senaman Lantai
2. Batang Titian
3. Palang Tunggal
4. Melombol

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
1) Peralantan latihan dan gelanggang gimnastik berkeadaan baik
PROGRAM BINAAN
Tiada
ULASAN
1.Latihan berjalan lancar seperti biasa tanpa sebarang masalah.

--

Mohd Nazrin Bin Abdul Rahman
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor