Monday, January 13, 2014

PEJUMPAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI (PPN) BERSAMA PERSATUAN, JURULATIH DAN ATLET MENEMBAK TAHUN 2014




Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Satu sesi perjumpaan telah diadakan semasa berlangsungnya Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Sportexcel Sirkit 1/2014 & Kejohanan Menembak Selangor 2014. Kejohanan ini berlangsung pada 09 hingga 12 Januari 2014 bertempat di Lapangsasar menembak Subang, Selangor. PPN mengambil peluang untuk berjumpa dengan pihak Persatuan, Jurulatih dan Atlet berkenaan perancangan program dan hal-hal yang akan diadakan pada tahun 2014. Seramai 32 orang atlet yang terlibat semasa perjumpaan ini.

Berikut adalah perbincangan yang telah dibincangkan dalam perjumpaan tersebut.

PERSATUAN

En. Chu Pu Yam mewakili persatuan memaklumkan agar atlet dapat berlatih seperti biasa dan menambah baik dari sesi kedatangan, ini disebabkan pada tahun 2014 akan berlangsungnya Sukan Malaysia (SUKMA) di Perlis pada pertengahan tahun ini. Beliau berharap Pasukan SUKMA Menembak Selangor dapat mencapai kejayaan. Beliau juga memaklumkan bahawa segala keperluan latihan pihak persatuan akan sediakan dengan sebaik mungkin.

JURULATIH

En. Shakimi Mohamed mewakili jurulatih Menembak Selangor memaklumkan buat sementara ini terdapat 3 orang atlet baru telah menjalankan latihan bermula pada Januari 2014. Jurulatih akan mendaftar atlet ini ke pada PPN secepat mungkin. Beliau juga berharap agar pada tahun 2014 atlet dapat berkerja dengan lebih kuat lagi dalam mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan dapat menaikan semula sukan Menembak di Negeri Selangor ini.

Sekian, Terima kasih.

Mohd Firdaus Rosli
PPN Sukan Menembak

Monday, December 30, 2013

TENPIN BOLING :PERLAWANAN PERSAHABATAN TENPIN BOLING ANTARA USPTN SELANGOR & USPTN NEGERI SEMBILAN

TARIKH  : 30HB DISEMBER 2013 ( ISNIN )
TEMPAT : DREAM BOWL, KOMPLEKS SUKAN AIPORT NILAI NEGERI SEMBILAN
PENYERTAAN : 25 ATLET, 2 JURULATIH DAN PPN









Perlawanan Persahabatan ini telah di adakan di Dream Bowl, Kompleks Sukan Airport Nilai Negeri Sembilan. Seramai 25 orang atlet telah terlibat dalam aktiviti yang di anjurkan bersama oleh USPTN Selangor dan USPTN Negeri Sembilan ini. Atlet bermain 6 permainan .

Berikut adalah pencapaian 5 terbaik :

1) Afiq Asymaan ( SEL ) : 1157 pin
2) Muhamad Hazim Ali Hanafiah ( SEL ) : 1151 pin
3) Rhafiq ( NSE ) : 1149 pin
4) Aliff Khairudin ( SEL ) : 1126 pin
5) Adik ( NSE ) : 1105 pin

Terima kasih di ucapkan buat atlet, jurulatih dan USPTN Negeri Sembilan yang sudi menerima kunjungan kami di Nilai, In Shaa Allah tahun hadapan, boleh jumpa lagi dan kali ini, kami di Selangor menjemput kehadiran pasukan Negeri Sembilan pula.

Jumpa tahun 2014 :)

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Tenpin Boling, Gimnastik Artistik & Gimrama dan Taekwondo

TAEKWONDO : TAEKWONDO SPORT EXCEL NSC MILO NATIONAL JUNIOR AND SENIOR CIRCUIT GRAND FINALS 2013

TARIKH  : 20HB - 21HB DISEMBER 2013
TEMPAT : STADIUM BADMINTON CHERAS, KUALA LUMPUR.
PENYERTAAN : 17 ATLET, 2 JURULATIH DAN PPN







Kejohanan 'Grand Finals' ini telah di adakan di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 10 orang atlet Taekwondo Program Pelapis Negeri Selangor telah layak menyertai kejohanan ini. Berikut adalah senarai nama atlet yang memperolehi pingat.

1) Lian Yong Peng : Emas 
2) Chua Xin Wei ( Nicholas ) : Emas
3) Muhammad Rizal  : Emas
4) Haresh a/l Sivakumar : Perak
5) Perevin a/l Karpaya : Perak
6) Lian Wan Jun : Perak
7) Muhammad Afnan : Perak
8) Lee Wan Ram : Perak
9) Muhammad Khairul : Perak
10 ) A. Nanthini : Gangsa

Komen jurulatih :

' The Overall performance done by Selangor Team in the Grand Final Championship is fulfilling because all players have won themselves a medal and their sparring skill in the arena has improved tremendously. However, Players still need to attend training regularly to keep up with the current momentum and not lose focus for the upcoming game in the future. Despite delivering good performance, players should also have responsibility or initiative in maintaining and keeping track of their weight to avoid any withdrawals in the future. Due to this matter, it may not look good for both the player and the team. Hopefully , players who were not able to participate will bring in more effort to keeping track of their weight, so that their trainibg effort will not be waste' - Master Balakrishnan A/L V.K Govindan 

Secara keseluruhan, pasukan Selangor memperolehi 3 Emas, 6 Perak dan 1 Gangsa, berada di kedudukan kedua.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Taekwondo, Gimnastik Artistik & Gimrama dan Tenpin Boling.