Wednesday, November 20, 2013

GIMNASTIK ARTISTIK : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN GIMNASTIK ARTISTIK , SHAH ALAM

TARIKH  : 20HB NOVEMBER 2013 ( RABU )
TEMPAT : DEWAN GIMNASTIK ARTISTIK KOMPLEKS SUKAN SUKSES, SHAH ALAM
MASA     : 10.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI
KEHADIRAN : 5 ORANG ATLET DAN JURULATIH.











Jadual latihan kumpulan ini pada kebiasaanya adalah pada sebelah petang, Namun pada musim cuti persekolah , jurulatih telah mengubah jadual latihan ke sesi pagi bersesuaian. Seramai 5 atlet gimnastik artistik wanita hadir pada sesi latihan ini. Difahamkan, atlet ini berlatih sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Remaja Kebangsaan Gimnastik Artistik yang akan diadakan pada 16 - 18hb Disember 2013.

Semasa pemantauan ini dibuat, jurulatih memaklumkan 2 orang gimnas perlu mendapatkan rawatan kerana berlaku kecederaan ringan. Tindakan akan dibuat bagi mereka mendapatkan rawatan di Unit Sains Sukan dan Kejurulatihan, Majlis Sukan Negeri Selangor.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik Artistik & Gimrama, Tenpin Boling dan Taekwondo

GIMNASTIK ARTISTIK :KEJOHANAN SPORTEXCEL SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK DAN GIMRAMA 2013

TARIKH  : 15 - 16HB NOVEMBER 2013
TEMPAT : GIMNASIUM 1 DAN 3, MAJLIS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL.
PENYERTAAN : GIMNASTIK ARTISTIK ( 16 Atlet 3 jurulatih )
                           : GIMRAMA ( 17 Atlet , 2 jurulatih )


















Kejohanan ini telah di adakan selama dua hari di Gimnasium 1 dan 3, Majlis Sukan Negara Bukit Jalil. Berikut adalah pencapaian atlet Pelapis Negeri, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor.

Gimnastik Artistik, memperolehi keseluruhan 8 pingat emas, 2 Perak dan 8 Gangsa.

Artistik Lelaki
Class 1 :
Berpasukan : Emas ( Jaden Noel,Low Jun Hong, Low Jun Yan, Kee Yi Hang & Ean Wei Ren Tan )

Individu Keseluruhan
1) Emas -  Low Jun Hong
2) Gangsa - Low Jun Yan

Senam Lantai
1) Emas - Low Jun Yan

Kekuda Pelana
1) Emas - Low Jun Hong

Rings
1) Perak - Low Jun Yan
2) Gangsa - Kee Yi Hang

Melombol
1) Emas - Kee Yi Hang
2) Gangsa - Low Jun Yan

Palang Sejajar
1) Emas - Low Jun Hong
2) Gangsa - Low Jun Yan

Palang Tunggal
1) Emas - Low Jun Yan
2) Perak - Low Jun Hong
3) Gangsa - Kee Yi Hang

Class 2
Berpasukan : Gangsa

Melombol
1) Gangsa - Louis Kee Shon Wei

Class 3
 Kekuda Pelana 
1) Emas - Low Jun Hao

Artistik Wanita
Berpasukan - Ketiga ( Wan Adrea, Alya Iman, Arin Sharaf,Atiqah & Alya )

Gimrama
Riben
1) Kelima - Low Jia Huai

Individu Keseluruhan
1) Kelapan - Low Jia Huai
2) Kesembilan - Loo Shiow Ng


Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik Artistik & Gimrama, Taekwondo dan Tenpin Boling

Friday, November 8, 2013

TENPIN BOLING :KLINIK SUKAN TENPIN BOLING, PROGRAM PELAPIS NEGERI USPTN SELANGOR 2013

TARIKH    : 7HB NOVEMBER 2013 ( KHAMIS )
TEMPAT   : SK BANDAR ANGGERIK SHAH ALAM & SUNWAY MEGALANES, PJ
MASA        : 9.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
PENYERTAAN : 45 ORANG PELAJAR, 4 GURU, 3 URUSETIA, PPN DAN JURULATIH














Program Klinik Sukan Tenpin Boling ini telah mendapat sokongan dari pihak MSN Selangor dan juga SK Bandar Anggerik, Seksyen 6 Shah Alam. Dua sesi telah dijalankan iaitu bertempat di SK Bandar Anggerik dan di Sunway Megalanes, Petaling Jaya Shah Alam.

Encik Shamsul Shahril Badliza Bin Mohd Noor selaku Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor telah memberikan ucapan perasmian pembukaan bagi program ini. Turut hadir, Encik Abdul Rashid, Guru Besar serta 4 orang guru.

Antara fokus penyampaian jurulatih pada sesi klinik ini adalah seperi berikut :

1) Sesi Pertama : SK Bandar Anggerik
    9.00 pagi - 12 tengah hari
    - Sejarah Tenpin Boling
    - Pusat Boling
    - Undang - Undang Tenpin Boling
    - Peralatan Tenpin Boling
    - Permainan Tenpin Boling
       a) Jenis Permainan Boling
       b) Etika Tenpin Boling
       c) Pemakaian
       d) Pemilihan peralatan ( Bola, Kasut )
       e) Cara- Cara Bermain Boling

2) Sesi Kedua :Sunway Megalanes PJ
    2.00 - 4.15 Petang
    - Warm Up & Warm down Drills
    - Kneel Down Drills
    - Foul Line / Balancing Drills
    - One Step Drills
    - Two Step Drill And Five Step Drill With/Without Push Away

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak SK Bandar Anggerik dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan di masa- masa yang akan datang.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Tenpin  Boling, Gimnastik Artistik & Gimrama dan Taekwondo