Wednesday, September 28, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN KE PUSAT LATIHAN TENPIN BOLING

Tarikh : 27 September 2011 (Selasa)
Masa : 6.50 petang hingga 8.15 malam
Tempat : Ole-Ole Superbowl, Ole-Ole Mall, Seksyen 18, Shah Alam
Kehadiran : 1 orang Jurulatih Separuh Masa & 15 orang atlit

Laporan :

Sesi latihan bagi sukan tenpin boling telah dikendalikan oleh En. Gerald Samuel (JSM) dan kehadiran seramai 15 orang atlit. Latihan yang dijalankan adalah lebih kepada penumpuan persiapan bagi menghadapi Kejohanan Grand Prix Final SportExcel-NSCMILO-MTBC National Junior Circuit 2011 pada 14 hingga 16 Oktober di Sunway Megalanes. Program latihan yang telah dijalankan adalah 'sparing' dan 'timing'. Beberapa orang atlit mengurangkan sesi latihan kerana kerana memberi penumpuan kepada Peperiksan Menengah Rendah (PMR) serta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di samping itu juga, ibubapa para atlit mengambil kesempatan di minggu terakhir bulan Sawal 1432 bagi menganjurkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri (Pot Luck) untuk persatuan, pegawai, jurulatih dan atlit-atlit.
Sekian dan terima kasih.
--
ZIE ILEANA IZRA BINTI UJANG
KETUA UNIT
USPTN SELANGOR

LATIHAN SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 5 Ogos 2011 (Jumaat)
Tempat : Seksyen 4, 6 & 9 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Masa : 3.30 Petang hingga 5.30 Petang
Kehadiran : 10 orang atlet dan 2 orang jurulatih

Sesi latihan sukan berbasikal seramai 10 orang atlet dan 1 orang jurulatih telah hadir ke sesi latihan tersebut. Sesi latihan telah dilansungkan di Seksyen 4, 6 & 9 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Semasa sesi pemantauan tersebut, beberapa masalah telah diperbincangkan antaranya ketandusan atlit wanita bagi sukan berbasikal ini.
--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, BERBASIKAL, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

Thursday, September 22, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN USPTN SELANGOR OLEH : ENCIK MEGAT AHMAD KUSYAIRY ( MSNM )

Tarikh : 21hb September 2011 ( Rabu ) 
Tempat : Pusat Latihan Akuatik (Renang & Terjun), Sepak Takraw, Skuasy, Menembak, Angkat Berat, Tinju & Gimnastik (Sekinchan)
.
Masa : 9.00 Pagi sehingga 6.45 Petang
 
Penglibatan : Encik Megat ( Pengurus ), Puan Zie Ileana (Ketua Unit), Encik Abd. Latif & Encik Mohd Firdaus ( PPN )


Laporan pemantauan Pengurus Pelapis Negeri pada hari ke-2 merangkumi lapan ( 8 ) lagi pusat latihan Negeri Selangor. Disertai bersama oleh Pn. Zie ( Ketua Unit ), En. Abd. Latif & En. Mohd Firdaus ( PPN ), lawatan pemantauan bermula dari pusat latihan Akuatik di Seksyen 13, Shah Alam dan berakhir di pusat latihan sukan Gimnastik Artistik di Sekinchan, Sabak Bernam.

Menerusi pemantauan yang dijalankan, perbincangan bersama jurulatih dan wakil pihak persatuan juga dapat diadakan . Sebarang permasalahan yang timbul di pusat latihan turut diutarakan dan diperbincangkan jalan penyelesaian yang sewajarnya. Oleh kerana masa latihan bagi sesetengah sukan adalah mengikut masa, maka kami tidak dapat menanti sehingga bermulanya sesi latihan memandangkan kami perlu melakukan pemantauan di beberapa lagi pusat latihan yang telah dirancang mengikut jadual.

Ringkasan Jadual Pemantauan ( Hari Kedua)

1. Akuatik (Renang & Terjun) - Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam 8.00-8.40 Pagi
2. Sepak Takraw - Dewan Serbaguna Jalan 227, Petaling Jaya 9.00-9.45 Pagi
3. Skuasy - Astaka, Petaling Jaya 9.50-10.35 Pagi
4. Menembak - Lapangsasar Menembak Subang 10.50 - 11.30 Pagi
5. Angkat Berat - Sekolah Menengah Raja Muda Musa, Ijok, Kuala Selangor 12.15-1.10 Ptg
6. Tinju - Stadium Sg. Besar, Sabak Bernam 3.00-3.45 Ptg
7. Gimnastik Artistik - Sekolah Jenis Kebangsaan (c) Yoke Kuan, Sekinchan, Sabak Bernam 4.15-5.00 Ptg

Terima kasih di ucapkan kepada Encik Megat dan semua yang terlibat dalam menjayakan program pemantauan ini.

Laporan Oleh
--
ZIE ILEANA IZRA BINTI UJANG
KETUA UNIT
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR