Friday, July 29, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Gimrama

TARIKH : 28HB JULAI 2011 ( KHAMIS )
TEMPAT : SJKC SERDANG BARU 2, SELANGOR
MASA : 2.30-4.30 PETANG




Seramai 6 orang gimnas telah hadir ke sesi latihan. Ruang latihan agak terhad pada hari ini memandangkan SJKC Serdang menganjurkan satu program pertandingan nyanyian melibatkan murid tahun 1 dan 2 sekolah tersebut. Lebih kurang jam 3.30 petang, barulah ruang latihan ini dapat dibuka lebih luas dan semua gimnas bekerjasama dalam penyediaan ruang latihan mereka.

Jurulatih memaklumkan bermula minggu awal ogos, masa latihan disingkatkan berbanding waktu biasa memandangkan ada sebahagian gimnas beliau menghadapi minggu peperiksaan sekolah selain menghormati bulan Ramadhan.

Kehadiran :

1) Shak Jingle ( Gred 1 )
2) Fong Wan Qin ( Gred 2 )
3) Aeisyah Umairah ( Gred 4 )
4) Izzah Binti Amzan ( Pre Junior )
5) Iman Iskandar Chan ( Pre Junior )
6) Veronica Au Wei Ran ( Junior )

Penumpuan latihan pada ketika ini adalah persediaan bagi menghadapi kejohanan akan datang.

Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Badminton & Gimnastik
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

Tuesday, July 26, 2011

Persembahan Atlet Gimnastik di Program Pelancaran 1 Murid 1 Sukan Peringkat Negeri Selangor

TARIKH : 2HB JULAI 2011 ( SABTU )
TEMPAT : DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM SEKSYEN 14 SHAH ALAM
MASA : 8.00 - 10.30 PAGI.



Seramai 17 orang gimnas USPTN Selangor ( Senior dan Junior ) di bawah kendalian jurulatih Svitlana Badiulia telah mengadakan persembahan bersempena dengan Pelancaran Larian 1 Murid 1 Sukan Peringkat Negeri Selangor 2011 yang telah di adakan pada 2hb Julai 2011 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Peluang mengadakan persembahan ini secara tidak langsung memberikan pendedahan dan pengalaman baru kepada seramai 11 orang gimnas cilik yang baru sahaja menyertai Program Pelapis Negeri bermula bulan Jun 2011 yang lalu.

Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang datang memeriahkan program tersebut. Program pelancaran ini berakhir pada kira-kira pukul 10.30 pagi.

** Mohon maaf di atas kelewatan melaporkan aktiviti ini**


Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Badminton & Gimnastik
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

Pemantauan Pusat Latihan Gimnastik Artistik

TARIKH : 26HB JULAI 2011 ( SELASA )
TEMPAT : DEWAN GIMNASTIK SEKSYEN 6 SHAH ALAM, SELANGOR

MASA : 9.00 - 10.30 PAGI

KEHADIRAN : 2 JURULATIH & 13 GIMNAS


Latihan berjalan seperti biasa bagi kedua-dua jurulatih di sesi latihan pagi. Kehadiran 100% bagi gimnas pada hari ini. Perbincangan saya bersama dengan jurulatih adalah perkembangan semasa semua gimnas dan menerusi pemerhatian saya, 13 orang gimnas ini telah pun menjalani rutin yang lebih mencabar yang diberikan oleh jurulatih.

Keadaan 'pit' masih tidak boleh digunakan untuk latihan di dewan ini. Sebagai alternatif, jurulatih artistik lelaki, Encik Liu Hong Lu mengambil inisiatif membawa atlet beliau untuk menjalani latihan sekali sekala di gimnasium Majlis Sukan Negara Negara Bukit Jalil.


Laporan disediakan oleh :

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Gimnastik & Badminton
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor