Monday, November 10, 2014

TINJU - PEMANTAUAN LATIHAN

Tarikh : 5 November 2014

Tempat : Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam

Kehadiran : 8 orang atlet

Tidak Hadir : 2 orang

Pemantauan dilakukan bagi persediaan pasukan menghadapi 2 kejohanan iaitu Kejohanan Pelapis Akhir dan Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan.

Dikesempatan itu juga, pihak Unit berbesar hati menyerahkan kit perubatan bagi kegunaan semasa latihan.

Terdapat sesetengah atlet tidak berkasut kerana keluarga kurang kemampuan untuk membeli kasut. Diharap ada pihak yang sudi membantu.

Majulah sukan untuk negara

sekian.....








--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN ANGKAT BERAT, GIMNASTIK ARTISTIK, SQUASH DAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

Sunday, November 9, 2014

LAPORAN HARI KE-2 KEJOHANAN MENEMBAK DALAMAN PELAPIS SELANGOR

Hari ke-2 pertandingan ini disertai seramai 19 orang penembak terdiri daripada 9 Pistol (4 lelaki & 5 wanita ) dan 10 rifle ( 4 lelaki & 6 wanita).
Kejohanan ini juga diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada atlet-atlet baru berkenaan peraturan pertandingan serta pendedahan situasi pertandingan.
Kejohanan dalaman ini akan diadakan sekali lagi pada tahun ini di bulan disember nanti.

Saturday, November 8, 2014

KEJOHANAN MENEMBAK DALAMAN PELAPIS SELANGOR






Tarikh : 08.11.2014
Tempat : Lapangsasar Menembak Subang, Selangor
Penyertaan : 31 Atlet, 3 Teknikal & 1 Urusetia

Kejohanan ini dijalankan selama 2 hari. Pada hari ini (08.11.2014) dijalankan untuk pusingan kelayakan dan pada esok (09.11.2014) akan diadakan pusingan akhir.

Kejohanan ini juga dijalankan bagi menilai prestasi semasa atlet serta memberi pendedahan pertandingan pada atlet-atlet baru.