Thursday, March 7, 2013

BERBASIKAL :PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL

SUKAN: BERBASIKAL

Tarikh : 06.03.2013
Masa : 4.00 Petang - 6.00 Petang
Tempat : Sekitar Seksyen 4 & Seksyen 6, Shah Alam

Kehadiran :
1. Mohd Rizal Abd Rahman - JSM
2. Mohd Yusof Mohd Nasir - JSM 
3. Mohd Mahazir Hamad - JPM (Lantikan MSN Selangor)
3. Atlet - 11 lelaki, 3 wanita

LATIHAN
1. Road Ride - 60 KM
2. Uphill - 2 KM x 2 Set 
UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Seramai 8 orang atlet telah menyertai Kejohanan Sportexcel 1st yang diadakan pada 22 - 24 Feb 2013 di Veledrom Cheras, Kuala Lumpur

PERALATAN
Mohon bantuan tiub dan tayar untuk latihan dan pertandingan
KECEDERAAN
Tiada kecederaan pada atlet, cuma ade beberapa atlet yang demam dan batuk sahaja.

PROGRAM BINAAN
Perbincangan dengan jurulatih akan mengadakan TID bagi menambah bilangan atlet pada tahun 2013

ULASAN
1. Tahniah diucapkan kepada 5 orang atlet Selangor pada tahun ini kerana ramai yang mengikuti Program Pelapis Kebangsaan di Bukit Jalil dan 3 orang atlet Selangor yang mengikuti Program Pelapis Serantau di Ipoh dan Pulau Pinang.

2. Bantuan kemudahan logistik ke pertandingan oleh pihak MBPJ dapat diteruskan pada tahun ini.

3. Persatuan dan ibu bapa atlet memberi sokongan pada program USPTN Selangor ini.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohd Firdaus Bin Rosli
SDO Berbasikal Negeri Selangor
Tarikh: 7.03.2013

MEMANAH :Laporan Pemantauan Sukan Memanah Pelapis Selangor

Tarikh : 14.2.2013
Tempat : Pusat Latihan Memanah Selangor, Sek. 13, Shah Alam
Masa : 9 - 12 tgh
Kehadiran : 8 org
Tidak Hadir : 3 org (sessi ptg)

Rungutan ibu bapa berkaitan rumput yang panjang telah diselesaikan dengan bantuan persatuan

Keadaan peralatan latihan yang telah lama seperti target butt :
- mohon bantuan dari cawangan pelapis kerana kali terakhir peruntukkan target butt diterima pada tahun 2011.

Sekian harap maklum

Norazizam Mohamad Nor
Pegawai Pembangunan Negeri
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, December 3, 2012

KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN SIRI 2/2012

Antara sukan yang dipertandingkan : ANGKAT BERAT - Dewan Bola Tampar Seksyen 4, Shah Alam. GIMNASTIK ARTISTIK - Gimnasium 3, Bukit Jalil. GIMRAMA - Gimnasium 1, Bukit Jalil. MEMANAH - Padang Awam MBSA, Shah Alam. MENEMBAK - Lapangsasar Menembak Kebangsaan, Subang. SEPAK TAKRAW - Dewan SUK, Shah Alam. TERJUN - Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. TINJU - Dewan Sukan Tempur, Shah Alam