Friday, March 2, 2012

BERBASIKAL :LATIHAN SUKAN BERBASIKAL


Tarikh : 1 Mac 2012 (Khamis)
Tempat : Seksyen 4 & 7 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Masa : 3.30 Petang hingga 5.30 Petang
Kehadiran : 22 orang atlet dan 1 orang jurulatih


Sesi latihan sukan berbasikal seramai 22 orang atlet dan 1 orang jurulatih telah hadir ke sesi latihan tersebut. Sesi latihan telah dilangsungkan di Seksyen 4 & 7 Shah Alam berdekatan dengan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor bagi sesi latihan bukit. Semasa sesi pemantauan tersebut, beberapa masalah telah diperbincangkan antaranya masalah kesihatan atlet dan latihan pusat semasa cuti sekolah pada bulan mac ini.

Mohd Firdaus Bin Rosli
Pegawai Pembangunan Negeri
Menembak, Berbasikal, Skuasy & Tinju
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor


Friday, February 3, 2012

Lawatan Pusat Latihan Angkat Berat SMK RAJA MUDA MUSA Batang Berjuntai


salam sejahtera...
lawatan pusat angkat berat SMK RAJA MUDA MUSA batang berjuntai
tarikh : 2/2/2012
masa  : 4.00 ptg
lawatan ini di buat adalah untuk melihat keadaan pusat latihan yg baru di bina di sekolah berkenaan selain dr memantau latihan yg di jalankan.
sekalung tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada pihak sekolah kerana telah berjaya mewujudkan tempat latihan yg baru, selesa dan cantik. sekalung tahniah juga di ucapkan kepada semua yg terlibat dalam meningkatkan taraf pusat latihan yg sedia ada kerana di fahamkan pihak sekolah telah menerima bantuan sebanyak RM60 ribu bagi menaik taraf sebuah bengkel kepada pusat latihan angkat berat.
bagi sesi latihan, semasa pemantaun di jalankan seramai 8 org atlet sedang menjalani latihan yg di kendalikan oleh JSM mohd fazlan dan di bantu oleh guru di sana en azhar. kami  berasa amat bangga kerana di pusat latihan ini sudah ada atlet wanita  yg menjalanai latihan.. seramai 6 org pelajar perempuan dr tingkatan 3 dan 5...  satu perkembangan yg baik dan di ucapkan tahniah kepada jurulatih.
diharap atlet yg sedia ada ini dpt dikekalkan dan menjadi atlet yg yg menyumbang sesuatu pada negeri dan negara pada masa akan datang.
sekian

Abd Latif Arshad
PPN Selangor

Tuesday, January 3, 2012

Klinik Sukan Skuasy Pelapis Selangor 2011

TARIKH : 30 DISEMBER 2011
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN ASTAKA, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
PENYERTAAN : 35 ORANG

Program ini telah disertai oleh seramai 35 orang atlet skuasy dari 2 pusat latihan negeri iaitu dari Petaling Jaya dan Puchong. Encik Aminuddin Bin Nasir telah dijemput untuk menyampaikan topik psikologi dan motivasi dalam menjalani latihan, sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Unit USPTN Selangor, Puan Zie Ileana Izra kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke program ini.
 Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Majulah Sukan Untuk Negara

--
MOHD FIRDAUS BIN ROSLI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, BERBASIKAL, SKUASY & TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR